HIBURAN
Dahlia Rizal Selamat Bersalin, Pilih Nama Yusra - “Alhamdulillah, Meet Our Beautiful Baby Girl”
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Selasa.
Pilih nama Yusra
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Dahlia dan suaminya, Imran Aqil menerusi hantaran terbaharu di Instagram hari ini.Menerusi hantaran itu, Dahlia dan Imran juga mengumumkan nama puteri sulung mereka.
Bagaimanapun Dahlia dan Imran tidak mendedahkan wajah bayi comel itu.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan Dahlia dan Imran sedang mencium pipi anaknya.“Alhamdulillah, alhamdulillah, meet our beautiful baby girl Yusra. Our baby czer hehe. “6 Mei, may babies macam mommy dia, 2.85 kg,” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah pasangan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:Dahlia Rizal Akhirnya Umum Hamil Anak Sulung, Ada Sebab Rahsiakan - “Bukan Langsung Tak Nak Kongsi Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Imran Aqil Enggan Terlalu Terbuka Kongsi Kehamilan Isteri - “Kami Risau Ada Mata Memandang Dengan Niat Tidak Baik”
ARTIKEL BERKAITAN:Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Naik ‘Business Class’ 3 Syarikat Penerbangan Berbeza Buat Netizen Terkedu - “Baik Aku Naik Bas Sajalah”
ARTIKEL BERKAITAN:“Sikit-Sikit Dah Lah” - Netizen Mula Muak Dengar Nyanyian Dahlia Rizal?
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Masih Fikir Suara Saya Sedap, Limited" - Dahlia Rizal Tak Setuju Netizen Minta Mas Idayu Reviu Suaranya, Akui Ada Peningkatan Vokal
Untuk info, Dahlia mendirikan rumah tangga bersama Imran pada 9 September 2024 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh Melaka dan diikuti dengan empat lagi majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Must-Watch Video