gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Pelakon Jual Sabun Daripada Air Bekas Mandian Sendiri - "Kalian Asyik Tanya, Jadi Saya Simpan"
HIBURAN
UNDER 18 x KLEPET: Kolaborasi Komik & Filem Pertama Di Malaysia Tarik Perhatian Peminat Seni Visual
BERITA
Lelaki Warga Taiwan Maut Terjatuh Di Landasan LRT
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Dahlia Rizal Terharu Imran Aqil Tetap Utamakan Keluarga Walau Sibuk Cari Rezeki - “Bertenang Sayang…”

gempak
Asyraf Roslan
29/05/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Dahlia Rizal Terharu Imran Aqil Tetap Utamakan Keluarga Walau Sibuk Cari Rezeki - “Bertenang Sayang…”
Isteri kepada pelakon, Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal menzahirkan rasa terima kasih kepada suaminya kerana sentiasa ada bersamanya dan juga anak sulung mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia atau nama lengkapnya, Nur Dahlia Ahmad Rizal merasa sangat terharu kerana Imran tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan suami meskipun sibuk mencari rezeki untuk keluarga kecilnya itu.
“Badannya perlukan rehat, mindanya nak cari rezeki lebih dan hatinya mahu meluangkan masa yang lebih bersama kami.
“Bertenang sayang, awak dah buat yang terbaik. Kami bangga dengan awak,” tulis Dahlia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa gembira dan mendoakan keluarga kecil Dahlia ini sentiasa dibawah lindunganNya.
“Sesiap itu dia untuk menjadi seorang suami dan ayah.
“Semoga saya dpt lelaki seperti Imran. and for sure I'll be the best for my future.
“Semoga Allah jaga perkahwinan you dari segala musibah, Aaminn.
“Semoga keluarga kecil ini sentiasa dibawah lindungan dan rahmat dari Allah swt.
“Comelnyee moga yg baik saja untuk korangg,” komen netizen.
Sekadar info, Dahlia mendirikan rumah tangga bersama Imran pada 9 September 2024 selepas setahun mengikat tali pertunangan.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh Melaka dan diikuti dengan empat lagi majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Yusra.
Topic Berkaitan
#Keluarga
#Imran Aqil
#Dahlia Rizal
#Yusra
Must-Watch Video