Hiburan

Da’i Syed & Hana Ismail Timang Cahaya Mata Pertama, Kongsi Nama & Wajah Anak - “Mohon Doakan Keluarga Kecil Kami”

gempak
Asyikin Mayudin
16/08/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Da’i Syed & Hana Ismail Timang Cahaya Mata Pertama, Kongsi Nama & Wajah Anak - “Mohon Doakan Keluarga Kecil Kami”
Isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.

Nama anak

Menerusi perkongsian di TikTok, Da’i Syed melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

“Alhamdulillah, we are finally a family of 3 (kami akhirnya bertiga). Perkenalkan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, lahir pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Da’i Syed juga memohon semua orang mendoakan keluarga kecil mereka yang kini bertambah ahli baharu.

Mohon doa

“Mohon Doakan keluarga kecil kami,” tambah Da’i Syed lagi yang turut memuat naik foto anak sulungnya mereka namun wajahnya dikaburi.

Ucapan tahniah

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan ada juga antara mereka yang terkejut dengan berita kelahiran itu memandangkan Hana kurang berkongsi mengenai kehamilannya sebelum ini.

“Tak tahu bila Hana hamil, tiba-tiba dah bersalin. Masha-Allah bagus rahsiakan kehamilan takut terkena penyakit ain. Tahniah Hana, selamat berpantang.

“Tahniah Hana dan Dai Syed. Semoga family kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah... untuk Hana, selamat Berpantang ya.
“Rasa macam baru semalam saja Hana bagitahu yang dia keguguran, tup-tup bersalin dah. Alhamdulillah. Masya-Allah, senyap-senyap rahsiakan kehamilan, tau tau dah bersalin. Tahniah Hana,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Bergelar Bapa, Da'i Syed Mahu Tukar Imej Bersesuaian - “Saya Berniat Potong Rambut…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Malaikat…” - Hana Ismail Sebak, Akui Terkesan Dakwaan Gugur Kerana Kifarah

Sebelum ini, Hana pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu pada Julai tahun lalu.

Pada April lalu, Da'i Syed berkongsi khabar gembira apabila isterinya iaitu pengacara Hana Ismail sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana Ismail pada 3 Disember 2022.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live