Da’i Syed & Hana Ismail Timang Cahaya Mata Pertama, Kongsi Nama & Wajah Anak - “Mohon Doakan Keluarga Kecil Kami”
Asyikin Mayudin
16/08/2024 03:55 MYT
16/08/2024 03:55 MYT
Isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Nama anak
Menerusi perkongsian di TikTok, Da’i Syed melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
“Alhamdulillah, we are finally a family of 3 (kami akhirnya bertiga). Perkenalkan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, lahir pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Da’i Syed juga memohon semua orang mendoakan keluarga kecil mereka yang kini bertambah ahli baharu.
Mohon doa
“Mohon Doakan keluarga kecil kami,” tambah Da’i Syed lagi yang turut memuat naik foto anak sulungnya mereka namun wajahnya dikaburi.
Ucapan tahniah
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan ada juga antara mereka yang terkejut dengan berita kelahiran itu memandangkan Hana kurang berkongsi mengenai kehamilannya sebelum ini.
“Tak tahu bila Hana hamil, tiba-tiba dah bersalin. Masha-Allah bagus rahsiakan kehamilan takut terkena penyakit ain. Tahniah Hana, selamat berpantang.
“Tahniah Hana dan Dai Syed. Semoga family kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah... untuk Hana, selamat Berpantang ya.
“Rasa macam baru semalam saja Hana bagitahu yang dia keguguran, tup-tup bersalin dah. Alhamdulillah. Masya-Allah, senyap-senyap rahsiakan kehamilan, tau tau dah bersalin. Tahniah Hana,” komen netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Malaikat…” - Hana Ismail Sebak, Akui Terkesan Dakwaan Gugur Kerana Kifarah