Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dakwaan Curang Lagi, Tentera Netizen Serang Media Sosial Aliff Aziz! Kaitkan Pula Dengan Pelakon Wanita Ini...

Umirah Halim
09/03/2024 02:30 MYT
Kecoh apabila pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah di ibu negara semalam.

Susulan itu, ruangan komen media sosialnya kini diserang para netizen ekoran berita penangkapan khalwatnya itu.

Bukan itu sahaja, media sosial aktres Ruhainies juga terpalit selepas netizen mendakwa dia adalah wanita yang ditangkap khalwat kononnya bersama Aliff Aziz.

Netizen turut menuduh Ruhainies sebagai individu berkenaan ekoran dia dan Aliff Aziz merupakan pelakon utama yang sedang bergandingan melakukan pengembaraan bersama.

Rata-rata netizen menyerang ruangan komen mereka berdua kerana tertanya-tanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan meminta agar Ruhainies membuka mulut tentang perkara yang sebenar.

Sementara itu, ada juga di ruangan komen yang menghentam Ruhainies sebagai penyondol perkahwinan Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah.

“Dah buat part time menyondol pulak ke?

“Gatal kau ya ramai yang single suami orang juga nak!

“Sondol suami orang, muka cantik tapi suami orang juga kau nak, kesian otak takde,” tulis beberapa netizen.

Setakat ini masih tiada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak bagi membenarkan kepastian semua dakwaan ini.

Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut meminta semua pihak agak memberi ruang kepada kakaknya.

Terdahulu, tular juga gambar yang memaparkan video yang menunjukkan Bella bersama Didi dan penyanyi Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama pada pukul 2.40 pagi.

Berita Trending: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu, Bomba Terpaksa Bantu!

Berita Trending: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

#Ruhainies #Aliff #Khalwat #Aziz #Curang