gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Dia Tengok-Tengok Sekilas, Zara Takut" - Sambungan Rakaman Suara Zara Qairina Tular
HIBURAN
Edika Yusof & Nor Hidayah Kini Dalam Proses Pulihkan Hubungan - “Kami Harap Dapat Terus Bersama Sampai…”
HIBURAN
“Jangan Kaitkan Nama Saya Lagi” - Sarah Yasmine
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah

Amri Hassan
Amri Hassan
09/03/2024
01:29 MYT
Sponsor Banner
"Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah
Adik kepada pelakon Bella Astillah, Didi Astillah memohon agar semua pihak memberikan ruang kepada kakaknya.

BERITA TRENDING: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?

BERITA TRENDING: Apa Motif Bella Astillah Ke Pejabat Agama Islam Pukul 2.40 Pagi?Menerusi temubual bersama Melodi, tegas Didi keadaan yang terjadi masih membuatkan mereka terkejut.
"Bagi pihak kak Bella, saya tak nak beri apa-apa kenyataan tentang perkara itu. Kalau boleh beri ruang kepada Bella.
"Mungkin benda ini masih terkejut lagi," ulasnya.
Manakala Bella hanya dilihat mendiamkan diri apabila disapa Melodi untuk mendapatkan komen lanjut.
Didi bagaimanapun mengesahkan perkara terbabit kepada Harian Metro.
"Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
"Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.
"Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan," katanya.
Didi berkata, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita itu.
"Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.
"Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama," katanya.
Terdahulu, tular laporan media apabila seorang selebriti berstatus suami orang dilaporkan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.
Turut tersebar di media sosial, video menunjukkan Bella bersama Didi dan penyanyi Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama.
Sumber: Melodi, Harian Metro
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Khalwat
#Didi Astillah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement