Dakwaan Isteri Kini Sedang Berbadan Dua, Hafidz Roshdi Tampil Beri Respons
Gempak
14/07/2024 01:55 MYT
14/07/2024 01:55 MYT
Tular baru-baru ini apabila isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada didakwa kini sedang berbadan dua.
Athira Yuhada Hamil?
Athira Yuhada Hamil?
Mendapatkan jawapan Hafidz sendiri, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada pihak media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistriet Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
“No comment,” respons Hafidz ringkas.
Disoal mengenai kerjaya dan perihal anak-anak, aktor tersebut turut enggan membuka mulut mengenai perkara tersebut.
Dalam perkembangan lain, bapa kepada dua orang anak itu turut memaklumkan tentang keadaan terkini kesihatan mentalnya.
Dalam perkembangan lain, bapa kepada dua orang anak itu turut memaklumkan tentang keadaan terkini kesihatan mentalnya.
Hafidz Tiada Masalah Depresi
Difahamkan aktor tersebut masih menjalani rawatan susulan di Hospital Shah Alam.
“Tiada masalah depresi, Alhamdulillah. Saya juga dah buat konsultasi bersama doktor, makan ubat setiap bulan. Jadi tiada masalah.
“Ya badan saya naik, makin sihat.
“Saya memang dapat rawatan susulan setiap bulan, saya akan maklum kepada doktor mengenai emosi,” kongsi Hafidz.
Peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader turut berkata pelakon itu juga berada dalam keadaan yang baik.

“Dia ada berkomunikasi dengan doktor dan keadannya baik-baik sahaja. Dia tidak ada sebarang tekanan,” ujar Akberdin.
Dalam prosiding tempoh hari, Hafidz menerima laporan menarik balik kes pukul yang difailkan Nurul Shuhada pada tahun lalu.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.
Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam pada 15 Disember lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Tarik Semula Kes Dipukul Hafidz Roshdi, Tiada Elemen Paksaan & Ugutan
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.
Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada di Glenmarie, Shah Alam pada 15 Disember lalu.