Laman Utama
"Dalam Dunia Realiti, Ada Orang Berhijab Tapi Hati Busuk" - Marsha Milan
Pelakon Marsha Milan menegaskan tidak punyai sebarang masalah untuk melakonkan watak antagonis bertudung.
Jelas Marsha, biarpun ada segelintir pelakon yang enggan menerima peranan sedemikian namun baginya, watak berkenaan hanya lakonan semata-mata dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
"Itu pilihan masing-masing. Bagi saya, kita kena fikir dari sudut lakonan. Mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk tapi kita tidaklah potretkan itu.
"Saya cuma lakukan watak ini dengan jayanya dan bagaimana produser atau penulis skrip mahukan watak Nurul Huda dijayakan.
"Terpulang kepada individu masing-masing. Kalau tidak kisah, buat untuk sebuah lakonan," ujarnya.
Terbaharu, Marsha diberikan peranan sebagai watak antagonis bertudung labuh dalam drama terbaharu Rindu Awak Separuh Nyawa bergandingan bersama Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya.
Bercerita mengenai cabaran melakonkan watak antagonis wanita berhijab kata Marsha, menjadi Nurul Huda memerlukannya menjaga keayuan dan kesopanan dalam berpakaian.
"Susah untuk Marsha ‘maintain’kan tudung tu sebab Marsha seorang yang hyper.
"Susah sangat nak buatkan tudung tu bertahan lama dalam set, selalu senget, owning jatuhlah.
"Mungkin sebab Marsha, belum biasa berhijab, jadi agak sukar untuk biasakan diri untuk kelihatan sentiasa kemas.
"Nurul seorang yang ayu, jadi Marsha kena pertahankan keayuaan dan kecantikan dari segi kekemasan dan berpakaian.
"Karakter sebenar Marsha merupakan seorang yang happy go lucky dan untuk watak Nurul, Marsha kena ‘play low’. Sama sekali berbeza dengan watak Marsha.
"Itu yang kadang-kadang tersasar, jadi terhyper pula watak Nurul. Nasib baik ada team yang selalu ingatkan untuk maintain watak Nurul Huda," katanya.
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai watak bertudung labuh ini, saksikan episod pertama Rindu Awak Separuh Nyawa pada malam ini menerusi slot Megadrama.
Rindu Awak Separuh Nyawa disiarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#pelakon
#Uqasha Senrose
#Shukri Yahaya
#Marsha Milan Londoh
#Tudung Labuh
#Rindu Awak Separuh Nyawa