,
Hiburan

Dalam Kek Ada iPhone 11 Max Pro & Wang Tunai…Fuh! Mahalnya Kek Birthday Zoey Rahman!

Fiza Kamarudin
06/01/2020
03:53 MYT
Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tidak menyangka akan menerima kejutan ketika sambutan ulang tahun kelahirannya semalam (Ahad).
Zoey ketika dihubungi berkata, dia mula berasa hairan apabila tetamu yang hadir memberitahu ada cara untuk memotong kek hari jadinya itu.
“Saya sikitpun tak jangka dalam kek tu mereka letak iPhone 11 Max Pro dan wang tunai. Patutlah masa nak potong tu mereka kata kena ikut step.
“Masa tu hairan juga, tapi saya layankan saja. Mula-mula saya tarik logo Mikaseries, lepas tu saya angkat lapisan pertama dan nampak telefon.
“Selepas itu, mereka minta saya tarik pula wang tunai berjumlah RM350, simbolik sempena ulang tahun kelahiran ke-35 pada tahun ini,” katanya teruja. Tambah Zoey, dia tidak dapat menghidu kejutan yang dirancang oleh beberapa teman rapat dan kumpulan pengurusannya Mikaseries, tambahan lagi tarikh hari lahirnya sudah berlalu 3 Januari lepas.
“Selalunya kalau sambutan hari jadi saya akan keluar makan dengan kawan-kawan rapat, jadi saya memang tak terfikir langsung yang mereka rancang majlis sambutan hari jadi untuk saya.
“Lagipun mereka kata ada mesyuarat tentang bisnes. Apapun, saya nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan saya, terutaman Mikaseries kerana kek hari lahir yang mahal itu.
“Terima kasih juga kerana sentiasa ada bersama saya dan menyokong kerjaya seni serta perniagaan saya selama ini,” katanya.
Turut hadir pada majlis kejutan tersebut ialah rakan artis, Ramlah Ram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
BorakSeeni