Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Dalam The Melvins, Paling Suka Syida”- Kelembutan Dan Keperibadian Syida Melvin Dipuji Netizen

Mya Amri 01/11/2019 | 10:21 MYT
Perwatakan pelakon Syida Melvin yang lembut dan sering tersenyum mendapat pujian netizen.
Netizen juga menyifatkan Syida sebagai seorang yang sangat disenangi selain menyukai hubungan rapat antara adik-beradik mereka yang digelar The Melvins.
Syida yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga sering menerima komen-komen positif kerana gelagat bersahajanya dan lucu setiap kali memuat naik video atau pun foto diakaun Instagram miliknya.
Syida juga turut dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang matang, menjaga tutur bahasa dan pandai membawa diri sebagai seorang selebriti walaupun
usianya baru mencecah 22 tahun.
Ikuti perjalanan Syida untuk ketahui tentang liku-liku kehidupan sebelum berjaya mencapai impiannya.
Selain Syida, Ismail Izzani dan Intan Serah juga berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya sebelum berjaya.
Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.
Curhat juga boleh ditonton di gempak.com/curhat.
#pelakon #Pelakon #Syida Melvin #Curhat
;