"Dalam Sejarah Aku Lama Gila Tak Balik Kampung" - Nonny Nadirah Lapan Bulan Tak Jumpa Ibu

ZULHILMI JALIL
Disember 19, 2019 09:25 MYT
Pelakon Nonny Nadirah membuat kejutan kepada ibunya dengan pulang ke kampung halaman di Sabah selepas lapan bulan tidak bertemu.
Perkara tersebut dikongsikan Nonny atau nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 30, menerusi entri terbarunya di Instagram TV (IGTV) miliknya.
Video tersebut memaparkan rakaman sepanjang perjalanan pulang pelakon drama Cekelat Honey itu untuk bertemu ibunya.
"Selepas beberapa bulan tak balik, adalah dalam 8 bulan. Rindu! Homesick!
"Dalam sejarah aku lama gila tak balik kampung," luahnya.
Nonny turut merancang kejutan tersebut bersama adiknya dengan meminta agar ibunya dibawa ke sebuah kedai makan.
"Insya-Allah kakak balik malam ni, tetapi kau jangan beritahu mama. Siapa yang ada di sana boleh bawak mama pergi makan, di mana kedai makan yang lewat tutup? Kakak sampai dalam pukul 11.30 malam," katanya berdasarkan video perbualan panggilan telefon.
Sewaktu pertemuan, Nonny dilihat terus memeluk erat dakapan ibunya.
"Alhamdulillah, saya sangat gembira dan berasa lebih baik sekarang ini kerana kamu mama. Saya rindu mama!," tulisnya di ruangan kapsyen.
Momen tersebut turut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata tersentuh dengan perkongsian video tersebut.
"Ya ampun, masuk habuk mata..
"Untungnya masih ada mama. Aku sudah dua tahun mamaku pergi dan takkan kembali. rindu nak peluk mak macam tu," komen sebahagian netizen.
Sebelum ini, Nonny pernah mendapat perhatian umum apabila didakwa mengalami tekanan selepas berdepan dengan masalah rumah tangganya.
BACA: “Setahun Lebih Aku Lawan Dengan Diri Sendiri”- Nonny Nadhirah Alami Tekanan Perasaan?
Nonny mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 18 Mac 2018 selepas bercinta selama sembilan tahun.
Namun mahligai yang dibina bertahan tidak sampai setahun sebelum bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu mengesahkan desas-desus berita perceraiannya pada Mac lalu.
#pelakon #Pelakon #Nonny Nadirah