Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Dalam Umur Sekarang Ini Saya Tidak Terfikir Soal Jodoh" - Ramlah Ram

Zulaikha Yusof 26/11/2019 | 03:36 MYT
Selepas kegagalan rumah tangga bersama Penerbit Rancangan Unit Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamal Roslim, penyanyi Ramlah Ram akui tidak terfikir untuk mencari pengganti.
Jelas Ramlah tidak manis bagi wanita pada usia sepertinya untuk bercakap soal jodoh.
"Buat masa sekarang, saya akui tidak mendekatkan diri dengan mana-mana jejaka mahupun memberi ruang kepada kaum tersebut.
"Kalau nak kata saya sedang mencari pasangan hidup, itu tidak sama sekali.
"Hati saya tidak mencari. Dalam umur sekarang ini saya tidak terfikir soal jodoh.
"Bila sudah terbuka pintu hati ini, menandakan sudah sampai jodoh saya. Ini semua kerja Allah," katanya kepada Gempak.
Ramlah ditemui pada majlis ulangtahun ke-12 Suria FM di Tropicana City Office Tower, Petaling Jaya semalam.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kau Kunci Cintaku itu menyatakan dia tidak pernah berasa kesal dengan keputusannya untuk bergerak solo.
"10 tahun bukan satu masa yang singkat, saya tidak menyesal dengan keputusan yang telah dibuat.
"Saya reda kerana percaya Allah memberikan apa yang terbaik untuk kita.
"Saya selalu berdoa supaya memberikan jalan yang terbaik buat diri saya. Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan sampai sekarang," ujarnya lagi.
Ramlah bercerai pada tahun 2010 setelah hidup bersama suami hampir 10 tahun dan tidak dikurniakan cahaya mata.
#Penyanyi #Penyanyi #Ramlah Ram
;