Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Dalgona 2.0 - “Hello I’m Back!”, Netizen Dah Ready Kali Ni Versi Upgrade

Mya Amri
12/01/2021 14:33 MYT

Baru sahaja kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, media sosial sudah penuh dengan usikan kreatif netizen.

Warga Twitter terutamanya sudah mula mengimbau semula memori PKP yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

“Usikan warga Twitter tidak pernah menghampakan”, itulah antara ayat yang boleh disimpulkan selepas melihat pelbagai tweet kreatif dan lucu netizen.

Masih ingat kegilaan netizen terhadap resipi viral minuman, Dalgona Coffee? 

Kali ini Dalgona kembali tetapi dalam versi upgrade yang diberi nama Dalgona 2.0! Hebat betul kan?


Bagaimanapun versi  kali ini menunjukkan kreativiti netizen ‘menaik taraf’ resipi tersebut dengan lebih baik.

Antara menu baru yang diperkenalkan adalah Dalgona Horlick, Dalgona Oreo, Dalgona Teh Susu dan Dalgona Coklat.


Dalgona 2.0 juga sudah mula trending di Malaysia sejak PKP diumumkan semalam (11 Januari 2021)


Jadi guys apa tunggu lagi, mungkin boleh cuba resipi netizen ni kan? Why not!

Foto: Twitter

#Netizen #Dalgona Coffee #PKP 2.0 #Dalgona 2.0 #MCO 2.0 #Trending Twitter