HIBURAN
Daniel Fong Tunjuk 'Bukti' Badan Tak Berbau, Kongsi Rutin Sebelum Masuk Set Penggambaran - “Kami Dah Percaya…”
Perkongsian pelakon Daniel Fong di TikTok memperlihatkan dia berkongsi rutin yang dilakukan setiap kali sebelum masuk ke set penggambaran menarik perhatian netizen.
Pakai deodoran
Memakai wangian dan produk penjagaan wajah antara rutin yang dilakukan oleh pemilik nama Daniel Fong Weng Chuan selain juga dilihat menggunakan deodoran.
ARTIKEL BERKAITAN: Nabil Aqil Tolak Dakwaan Terlibat Isu Bau Badan Pelakon Baharu - “Bukan Kami Ya”
Apa yang mencuit hati apabila Daniel menghidu ketiaknya selepas menggunakan deodoran sambil membuat signal ‘tidak’ menandakan tiada bau badan.
Netizen dah percaya
Momen itu membuatkan rata-rata netizen terhibur lantas teringat akan berita mengenai bau badan seorang pelakon lelaki di set penggambaran yang dikaitkan dengan diri Daniel.
“Okay abang, kami dah percaya abang pakai deadoran, ketiak abang tak berbau.
“Saya percaya saja Daniel wangi sebab pernah jumpa depan-depan.
“Part dia pakai deadoran itu aku tergelak besar weh, hahahah luculah,” komen netizen.
Sebelum ini, aktres Harissa Adylnn berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila hero gandingannya dalam sebuah drama mempunyai masalah bau badan.
Perkara itu membuatkan Harissa tidak berasa selesa untuk menjalani penggambaran sehingga banyak kali terpaksa menahan nafas.
Susulan itu, netizen memetik nama Daniel Fong dan mendakwa individu yang dimaksudkan Harissa adalah dirinya rentetan mereka digandingan dalam sebuah drama.
@danielfongwc My routine sebelum masuk set #keranaseoranglelaki ♬ original sound - s3rjjx
Must-Watch Video