Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”
Khairil Khusyairi
18/09/2024 03:55 MYT
18/09/2024 03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Mahu Ceburi Bidang Lakonan
Kini berkecimpung dalam industri hampir tujuh tahun, Daniel, 25, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah akui mempunyai peluang lebih cerah di semenanjung berbanding kampung halamannya.
“Saya sekarang sibuk dengan pencipta kandungan juga ada buat kerja sampingan iaitu sebagai pembancuh kopi.“Hampir tujuh tahun saya dalam industri. Saya pula berasal dari Sabah jadi pendedahan itu agak kurang sedikit berbanding di semenanjung.
“Saya sekarang sibuk dengan pencipta kandungan juga ada buat kerja sampingan iaitu sebagai pembancuh kopi.
“Hampir tujuh tahun saya dalam industri. Saya pula berasal dari Sabah jadi pendedahan itu agak kurang sedikit berbanding di semenanjung.
“Harap saya dapat menceburi banyak lagi dan jauh dalam bidang lakonan terutamanya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Loghat Sabah Jadi Cabaran
Dalam pada itu, jejaka berusia 25 tahun yang berdarah kacukan Cina itu turut mengakui berdepan sedikit cabaran untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa menggunakan loghat Sabah.
Tambah Daniel, terpaksa penat berulang-alik antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur tidak menghalangnya untuk terus bekerja keras mencipta nama.
“Ia agak mencabar, saya seorang berdarah kacukan Cina. Bagi saya dari segi bahasa itu ada sikit cabaran.

“Orang Sabah ada loghat tersendiri, begitu juga bagi orang semenanjung. Itulah cabarannya tetapi saya sangat berharap ada peluang di semenanjung untuk kembangkan karier saya.
“Sangat penat berulang-alik. Walapun Sabah dalam Malaysia ia ibarat macam luar negara. Penerbangan 2 jam itu sangat panjang tetapi keinginan saya itu buat saya tak penat,” ujarnya optimis.
Persiapkan Diri
Ditanya mengenai perancangannya untuk bergelar seorang pelakon, Daniel memaklumkan dia akan mengikuti kelas lakonan dan pengucapan awam sebagai persediaan.
“Saya perlu belajar dan sertai kelas untuk perbaiki diri saya seperti kelas lakonan, pengucapan awam dan mungkin nyanyian. Saya suka menyanyi.
“Saya juga mempunyai darah kacukan Filipino, jadi saya sangat suka menyanyi. Itulah cara saya.
“Harap saya dapat tempat ataupun platform di luar sana sekali gus beri saya peluang untuk berlakon,” tutupnya.
Dalam perkembangan lain, Daniel muncul dalam Call Me Handsome Edisi Hari Malaysia yang menampilkan pendatang-pendatang baharu dalam bidang hiburan tanah air antaranya Zarif Ghazzi, Kidd Santhe, Prince, Perry Kuan dan Thompson Goh!
Jom kenali mereka dengan lebih dekat sambil mereka main game dengan Sherry Al-Hadad, Sanjna Suri dan Dennis Yin.
Jangan lupa saksikan Call Me Handsome edisi Hari Malaysia pada Isnin, 16 September 2024, 11 malam hanya di di Astro RIA dan strim di On Demand and Astro Go!