Hiburan
#DanSebenarnya10Years – Yuna Sambut Lagu Dan Sebenarnya 10 Tahun Di Good Vibes, Peminat Teruja
Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menyambut ulang tahun lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya yang kini sudah berusia 10 tahun.
Menerusi laman sosial Twitter, Yuna berkongsi momen menyanyikan lagu tersebut di hadapan ribuan penonton ketika di festival Good Vibes 2019 di Genting Highlands yang berlangsung pada Ahad.
Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, ribuan peminat turut menyanyikan lagu itu bersama-sama dan suasana malam bertukar indah buat semua.
“When Yuna is back in Malaysia, we do the Yunational Anthem #dansebenarnya10years #gvf2019,” tulis penyanyi berusia 33 tahun itu di Twitternya.
Rata-rata peminat terkejut lagu tersebut telah mengjangkau usia 10 tahun dan ramai juga yang mengimbau kembali memori bersama lagu tersebut.When Yuna is back in Malaysia we do the Yunational Anthem #dansebenarnya10years #gvf2019 pic.twitter.com/YnBaar6w9c— Yuna Zarai (@yunamusic) July 23, 2019
“A timeless song! Even when I turned 50 it would remain the most legendary song you’ve ever created,” puji seorang netizen.
“Produce new rendition to this song! Techno / R&B or tradition spin. Must be amazing,” ujar seorang netizen memberikan cadangan.
“I remember my mum listened to you long long time ago, and she asked ‘macam mana la ada manusia suara sedap gitu’,” tulis seorang netizen lagi mengenang memori.
“Weh lagu ni keluar masa aku umur 10 tahun!” komen seorang netizen yang mendengarkan lagu ini ketika sejak kecil lagi.
Festival Good Vibes 2019 merupakan antara salah satu destinasi siri jelajah Yuna untuk album terbarunya yang baru dilancarkan berjudul Rouge.
Selain menyanyikan lagu daripada album baru tersebut, Yuna turut mempersembahkan beberapa lagu wajib antaranya Dan Sebenarnya dan Crush.
Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila wajahnya muncul mewarnai sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) di Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Must-Watch Video