gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Suami Bakar Isteri, Cemburu Warung Ramai Disinggahi Pemandu
RANCANGAN
Ray-D Teruja Ibu Sertai Kilauan Emas 2025 - “Oh My God, Ibu Saya Dah…”
HIBURAN
Mimi Lana Luah Rasa Kecewa, Buli Tak Sepatutnya Berlaku Di Sekolah -“Mak Ayah Hantar Suruh Cari Ilmu, Bukan Berlagak Gangster”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

KAHARKAPLAHIGHCOUNCIL

Ramai Luah Rasa Bangga! Kutipan Kahar: Kapla High Council Kini Raih RM10 Juta

Mya Amri
Mya Amri
11/12/2024
07:20 MYT
Sponsor Banner
Ramai Luah Rasa Bangga! Kutipan Kahar: Kapla High Council Kini Raih RM10 Juta
Filem arahan Razaisyam Rashid, Kahar: Kapla High Council terus melakar kejayaan selepas meraih kutipan sebanyak RM10 juta.

Ramai bangga Kahar: Kapla High Council raih RM10 Juta

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Rabu.

“Kutipan mencecah RM10 juta. Alhamdulillah, sokongan anda jadi kekuatan kami,” tulis kenyataan itu.

View this post on Instagram
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada warga tenaga kerja Kahar: Kapla High Council kerana menghasilkan naskhah hebat.
Antara komen yang diterima adalah:

Kahar: Kapla High Council Bakal Ada Sambungan? Nantikan 18 Disember Ini

Bagi yang menonton, sudah ada yang tertanya-tanya tentang babak di bahagian ‘end credit’ Kahar: Kapla High Council.
Babak tersebut mengimbas kembali sebuah pusara yang berada di Kudrat dan di batu nesan pula tertera tiga nama pelajar.
Babak itu seolah-olah memberikan bayangan filem tersebut bakal mempunyai sambungannya sama ada prekuel atau sekuel.
Segalanya akan terjawab pada 18 Disember 2024 kerana Astro Shaw akan mengumumkan sesuatu pada tarikh tersebut.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Council pada 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi.
Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.

Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam termasuklah Singapura.

Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Kutipan
#Kahar
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement