Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dapat Bantuan RM1,500, Netizen Tak Puas Hati Wanita Tak Mahu Bekerja Sebab Selesa Minta Sedekah - "Ini Bukan Miskin Tapi Pemalas!"

Firdaus
09/07/2024 05:25 MYT
Isu meminta sedekah bukanlah sesuatu permasalahan yang baharu di negara ini. Walaupun ada segelintir peminta sedekah telah pun diberi bantuan, akan tetapi perbuatan tersebut masih dilakukan dek kerana kedegilan pihak itu sendiri.

BERITA TRENDING:Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah

Berikutlah sinonimnya dengan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Abbehae tentang seorang peminta sedekah.

Terima Bantuan RM1,500 Sebulan

Menerusi posting berkenaan, peminta sedekah yang juga seorang ibu dikatakan menerima bantuan sebanyak RM1,500 setiap bulan cukup untuk menyara dua orang anak kecilnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu apabila difahamkan dirinya lari dari rumah bantuan semata-mata untuk kembali meminta sedekah.

​BERITA TRENDING:Selepas 4 Tahun Poster Filem Mulan Sudah Diturunkan, Netizen - “Lepas Viral Baru Jalan”

"Ini bukan miskin tapi pemalas

Antara komen yang diterima:

"Ramai macam ni! Golongan ni pernah di tawarkan kerja, tapi yang muda-muda pun tak nak kerja, sebab tahu NGO bagi bantuan dan makanan. Banyak yang taknak ubah pun nasib mereka, mereka selesa hidup tak nak buat apa-apa,"

​BERITA TRENDING:Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

"Bantuan RM1,500 sebulan tu kira banyak, ada keluarga yang pendapatan bersih RM1,500 sebulan tapi bukan dengan cara mengemis,"

"Ini bukan miskin tapi pemalas, pemalas ubah hidup cari kerja. Yang tahu minta sedekah!"

​BERITA TRENDING:Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis posting yang dimuat naik semula di platform X itu meraih lebih 800,000 tontonan dan hampir 10,000 tanda suka oleh wargamaya.
#Viral #Netizen #Pengemis #Tular #Bantuan #Duit #Kerja #Pemalas