gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

“Dapat Juga Tengok ‘Mr.General’…” – Foto Malique Tular, Netizen Lepas Rindu

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
05/11/2019
20:01 MYT
Sponsor Banner
“Dapat Juga Tengok ‘Mr.General’…” – Foto Malique Tular, Netizen Lepas Rindu
Foto penyanyi rap dan penulis lirik terkemuka Malique bersama keluarga tular di media sosial pada petang Selasa.
Menerusi foto yang dimuat naik pengguna Facebook @Mohd Zubaidi, Malique atau digelar Mr.General itu berada di lapangan terbang ketika gambarnya dirakam.
Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, namun warga net tetap dapat mengenali wajah penyanyi rap kesayangan ramai itu.
Perkongsian @Mohd Zubaidi itu telah mendapat lebih 2 ribu shares daripada pengguna FB dan hampir 600 komen sejak pukul 5 petang semalam.
Rata-rata pengguna FB menyatakan kerinduan mereka terhadap penyanyi rap tersebut dan berasa teruja dapat melihat foto terbaru Malique.
Sementara itu, @Mohd Zubaidi turut memberitahu dia mendapat foto tersebut daripada group lain di FB. Sebelum ini kehilangan bekas anggota Too Phat itu secara misteri menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005.
Sejak itu, kelibat penyanyi ini perlahan-lahan hilang dari industri hiburan. Walaupun muncul dengan lagu-lagu baru, namun Malique tidak pernah membuat kemunculan sama ada di majlis hiburan atau bersama media.
Topic Berkaitan
#Malique
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement