Watak seorang gadis bernama Nurul Ain dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 mendatangkan amarah penonton setianya.

Di sebalik wajah ayu nan manis, Nurul seakan mempunyai agenda tersendiri dan mahu mendekatkan dirinya dengan Khuzairi.

Insyaallah mak leha ... anak abang ri anak nurul jugak ?♥️ . . . @wafariena_rangers . . . #7harimencintaiku2 #nurulain #tv3 #drama #wafariena #bukankalengkaleng #⭐️ #superstar #actress #singer #versatile #artist #alhamdulillah #? #wafarienarangers

A post shared by ????? ??????? ????? ??‍? (@wafarienaroslan) on



Menerusi tinjauan di laman Twitter, karakter Nurul sangat dibenci oleh peminat naskhah terbabit.

Itu menjadi petanda watak Nurul berjaya dilakonkan dengan baik dan meninggalkan kesan di hati peminat.

Menerusi sesi temu bual dengan Gempak, mari kita kenali gadis manis di sebalik watak Nurul:

1: Watak Nurul dijayakan oleh pendatang baru bernama Wafariena Roslan.

2: Lebih selesa dengan nama panggilan Wafa, gadis berusia 25 tahun ini berasal dari Pulau Pinang.

3: Sebenarnya, Wafa telah terlebih dahulu terlibat dalam bidang muzik. Selepas tamat persekolahan, Wafa bekerja sebagai penyanyi secara freelance dan pernah mengikuti pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kepada yang asyik bertanya ? ni la single album sis keluaran MapMusic berjudul "CariLah Aku" ? Full song boleh didengarkan disemua media platform dan diyoutube ♥️ . . . @wafariena_rangers . . . #wafariena #bukankalengkaleng #? #superstar #singer #penyanyi #pelakon #penghibur #insyaallah #??

A post shared by ????? ??????? ????? ??‍? (@wafarienaroslan) on


4: Wafa merupakan artis di bawah naungan MAP Music dan kini sedang mempromosikan single terbarunya yang berjudul Carilah Aku.

BACA: Wafariena Roslan Perkenalkan Bakat Nyanyian Menerusi Lagu Carilah Aku

5: Wafa juga mempunyai kebolehan dan turut fasih bertutur serta menyanyi dalam bahasa Mandarin.

6: Karya 7 Hari Mencintaku 2 merupakan drama bersiri pertama lakonan Wafa. Sebelum ini, Wafa pernah membawakan watak tambahan dalam drama bersiri Chandelier.

Grrrrr...?!! . . . @wafariena_rangers . . . ? by @aniqikmalroslan #wafariena #wafarienaroslan #bukankalengkaleng #⭐️ #superstar #nurulain #nurul #7harimencintaiku2 #tv3 #viral #♥️

A post shared by ????? ??????? ????? ??‍? (@wafarienaroslan) on


7: Sebelum ini, Wafa pernah membintangi filem Buntat serta tiga telefilem iaitu Kisah Seram Hostel, Rinding dan Main Kahwin Kahwin.

Saksikan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 yang boleh ditonton di platform IQIYI dari episod pertama!

Malah, pelanggan berpeluang menonton semula 7 Hari Mencintaiku musim pertama secara percuma di IQIYI.

Untuk memuat turun aplikasi IQIYI, saksikan video di bawah:

Nak tengok #7HariMencintaiku2 tapi cari di youtube tak jumpa? Jangan risau, tonton 7 Hari Mencintaiku Musim Kedua EKSLUSIF dan PERCUMA di aplikasi iQIYI atau www.IQ.com

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on