Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dapat Mesej Lucah, Ara Johari Tak Anggap Penampilan Feminin Punca Gangguan Seksual

Firdaus
01/08/2024 11:56 MYT
Penyanyi Ara Johari, mendedahkan bahawa dirinya pernah menerima mesej berunsur lucah daripada segelintir individu di media sosial.

Terima Mesej Lucah

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatir Johari, 27, mengakui kelakuan tidak senonoh itu memberi tekanan kepada dirinya namun menyifatkan gangguan tersebut sebagai sesuatu norma bergelar seorang selebriti.

“Rasanya semua artis pernah dapat direct message (DM) dan komen macam tu. Ada yang cakap pasal benda yang tak senonoh pun ada.

“Ada juga yang hantar gambar tak senonoh yang buatkan Ara stress. Ramai sahaja artis yang kena dengan orang macam tu, tapi tak pernah kena lagi secara berhadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Ara ketika ditemui di sidang media pelancaran single terbaharunya yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya bagaimanapun berpendapat perubahan penampilannya bukanlah faktor utama dia menerima gangguan seksual.

“Masa Ara masih berpenampilan ‘kasar’, Ara masih lagi terima DM yang tidak senonoh...

“Perubahan penampilan Ara itu bukanlah satu sebab sebenarnya untuk terima DM yang seperti itu. Mungkin nafsu lelaki sebegitu. Ara tak tahulah kenapa mereka ‘berselera’ sangat dengan Ara.

“Tapi sekarang kita memang kena berjaga-jaga tak kisahlah kasar atau tidak, dah tak selamat,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING:Ara Johari Pelik Kenapa Ramai Dakwa Dirinya Semakin Kurus

​BERITA TRENDING:Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"

​BERITA TRENDING: Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

​BERITA TRENDING:Ara Johari Jawab Isu Pakai Tudung Di Bulan Ramadan Untuk Hormati Majlis - “Doakan Yang Baik-Baik”

Sekadar info, single terbaharu Ara Johari berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) telah dilancarkan di semua platform streaming pada 31 Julai lalu.

Lagu berkenaan merupakan ciptaan komposer daripada Indonesia, Ilham Baso yang sebelum ini pernah menyumbang karya-karya kepada penyanyi popular seberang seperti Judika.

#Penyanyi #Kontroversi #Selebriti #Ara Johari #Gangguan Seksual