Hiburan

Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

Izwan Isa
12/04/2024
12:55 MYT
Penyanyi Ara Johari bakal mempersembahkan sisi yang berbeza sebagai seorang penyanyi menerusi single baharu yang bakal dilancarkan kelak.
Ara berkata, tahun 2024 bakal menyaksikan kemunculan ‘Ara Johari’ yang baharu selepas dia membangunkan syarikatnya sendiri usai kontrak bersama Rocketfuel tamat.

Berbeza

“Selepas keluar label, saya bangunkan syarikat saya sendiri. Insya-Allah, selepas raya, saya akan muncul dengan lagu baharu. Untuk lagu ini, pendengar akan mendengar sisi berbeza daripada saya.
“Ibaratnya tahun 2024 ini bakal memperlihatkan ‘Ara Johari yang baharu’. Sama ada saya masih kekal dengan irama muzik rock, itu tidak boleh dikongsikan lagi. Apa yang boleh saya katakan, single itu 100 peratus berbeza dengan apa yang pernah saya tampilkan sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Genre berbeza

Melanjutkan bicara, Ara mendedahkan yang sebab utama dia memutuskan untuk beralih genre adalah disebabkan enggan berada dalam satu genre untuk masa yang lama.
“Kita pun kena ikut trend semasa. Apa yang orang nak dan apa yang mereka mahu dengar. Bagi saya, selagi saya boleh bawakan lagu itu, saya akan teruskan untuk bawa.
“Singnature suara tinggi itu masih ada sikit-sikit. Tapi apa yang boleh saya dedahkan sikit, lagu kali ini lebih fun. Komposer untuk single ini saya sendiri dan dua orang lagi. Nanti kita akan kongsikan,” tutup Ara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ara Johari Jawab Isu Pakai Tudung Di Bulan Ramadan Untuk Hormati Majlis - “Doakan Yang Baik-Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Hormati Bulan Ramadan, Ara Johari Manis Bertudung - “Niat Itu Ada, Mohon Doakan Yang Baik-Baik”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

gempak
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.
Hiburan

Single ‘Madu Dua’ Dikritik Hingga Netizen Komen Takut Berbalik Pada Diri Sendiri, Wany Hasrita Tampil Beri Respons

gempak
12/07/2024
08:55 MYT
Penyanyi Wany Hasrita tampil memberi respons susulan single terbaharunya berjudul Madu Dua dikritik netizen baru-baru ini.
Berita

Guru Muzik SMK Ditahan Reman Kerana Didakwa Hisap Kemaluan Pelajar Ketika Tidur

gempak
09/06/2024
00:55 MYT
Seorang guru lelaki ditahan reman tujuh hari bermula 8 Jun hingga 14 Jun di Kompleks Mahkahmah Melaka, Ayer Keroh gara-gara didakwa menghisap kemaluan pelajarnya yang sedang tidur pada Februari lalu.
Hiburan

“Saya Bertuah Kerana Masih Hidup” - Halsey Menangis Jalani Rawatan Hospital

gempak
05/06/2024
15:55 MYT
Penyanyi antarabangsa, Halsey memberi bayangan bahawa dia seakan-akan sedang menghidapi penyakit lupus dan leaukimia.