Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Dapat Peluang Mandikan & Naik Van Jenazah" - Nenek Rozita Che Wan Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof
27/05/2020 04:13 MYT
Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa rindu selepas nenek tersayang, Munah Hadi, 91, meninggal dunia pada 25 Mei lalu akibat sakit tua.

Menurut Rozita atau lebih mesra dikenali Che Ta, arwah neneknya adalah salah seorang individu yang membesarkan mereka adik-beradik dari kecil.

"Rindu arwah tok. Gambar ni masa raya tahun lepas. Tok dengan mak yang besarkan kami semua 7 adik beradik.

"Alhamdulillah walaupun dah 91 tahun, tok memang kuat dan sihat. Tok pi haji pun di usia 89 cuma 3 bulan kebelakangan ni kesihatan tok dah merosot.

"Jadi kerap jugak la kami ulang-alik balik Alor Setar," tulisnya di Instagram (IG).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindu arwah tok .. Gambaq ni masa qaya thn lepaih ? .. Tok dgn mak yg besarkan kami semua 7 adik beradik .. Alhamdulillah walaupun dh 91 thn , tok mmg kuat dan sihat .. tok p haji pun di usia 89.. cuma 3 bln kebelakangan ni kesihatan tok dah merosot .. so keqap jgk la kami ulang alik balik loq staq.. sblm ni tok mmg dok kl giliaq2 umah kami adik beqadik .. tp bila dia tk sihat dia nk blk dok loqstaq qumah ayu dgn zaquan.. Alhamdulillah, pemergian tok dlm keaadan yg sgt mudah sgt senang .. kami adik beqadik dpt peluang mandikan jenazah tok dan naik qamai2 van jenazah.. memory utk kami ? . "Ya Allah, ampunilah dosa Tok, berilah rahmatMu ke atas rohnya, sejahtera dan maafkanlah dia serta Engkau tempatkanlah dia bersama dengan orang yang beramal soleh. امين?? *Al-fatihah* ‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ‎◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِن

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Tambah pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan menyatakan selama ini dia dan adik-beradik akan bergilir-gilir menjaga arwah di Kuala Lumpur.

Walaupun pemergian arwah sangat dirasai, namun Che Ta bersyukur kerana berpeluang menguruskan jenazah buat kali terakhir.

"Sebelum ni tok memang dok KL gilir-gilir rumah kami adik beradik. Tapi bila dia tak sihat dia nak balik dok Alor Setar rumah Ayu dengan Zaquan.

"Alhamdulillah, pemergian tok dalam keaadan yang sangat mudah sangat senang. Kami adik beradik dapat peluang mandikan jenazah tok dan naik ramai-ramai naik van jenazah. Memori untuk kami," tulisnya lagi. 


#Meninggal Dunia #Rozita Che Wan #Nenek