Hiburan
Dapat Puteri Sulung, Nazmi Faiz Namakan Maria Miqayla. Comelnya...
Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz, 26, selamat menimang cahaya mata sulung pada 26 Jun lalu.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Nazmi berkongsi berita gembira di samping melahirkan rasa syukur dengan kurniaan Allah.
"Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih sayang @nurullyasmin," tulisnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhamad Nazmi Faiz Mansor turut mendedahkan nama puteri sulung kepada umum.
"Assalamualaikum puteri sulungku Maria Miqayla. Terima kasih yang mendoakan kami," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan JDT turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
"@safawirasid29: Tahniah nami.
"@nurr16zuan: Tahniah dek dan isteri. Semoga menjadi daddy mithali.
"@izhamtarmizi24: Alhamdulillah tahniah nami dan isteri.
Sekadar info, Nazmi dan isteri Nurul Yasmin mendirikan rumah tangga pada November 2017.
Must-Watch Video