"Dapat Sorang Pun Dah Memadai Sangat-Sangat" - Siti Elizad Mohon Doa Dikurniakan Zuriat

Rozaimi Zubaidi
Januari 10, 2019 08:40 MYT
Pelakon Siti Elizad memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar dia dan suami, Shamsul Baharin Rahman segera dikurniakan zuriat.
Menerusi entri di Instagram (IG), Elizad berkongsi gambar sedang mendukung seorang kanak-kanak dengan kapsyen yang menyentuh hati.
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.
"Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba-hambamu.
"Doakan kami punya zuriat yang sihat, cantik & sempurna ya semua, dapat sorang pun dah memadai sangat-sangat.
"Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya. Moga punya rezeki buat kita semua," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Elizad akan dikurniakan zuriat dan berharap agar dia tidak berhenti berdoa dan terus berusaha.
Elizad dan Shamsul selamat melangsungkan perkahwinan pada 11 Januari 2015.
#pelakon #Anak #Siti Elizad #Pelakon