Majlis perkahwinan pelakon Intan Ladyana, 38, dan pengacara Harris Alif, 21, menjadi antara majlis yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat.
Namun, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya enggan meletakkan sebarang harapan sehingga majlis mereka boleh dilabel sebagai 'Wedding of The Year'.
"Saya tak berani nak cakap 'Wedding Of The Year' sebab tak meletakkan harapan yang tinggi. Sebenarnya, saya bersyukur dan amat menghargai dengan semua pihak yang ingin menaja.
"Paling penting, kami tak nak bertanding dengan sesiapa pun," katanya.
Pada hari bahagia mereka, Intan dan Harris bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka tajaan dari Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta.
Sementara itu, pelantun lagu Anugerah menyifatkan segala tajaan yang diperolehi sebagai rezeki untuk mendirikan rumah tangga.
"Bagi saya ini semua rezeki nak kahwin. Saya dan Intan tak ada rancangan untuk jadikan majlis perkahwinan kami sebagai 'Wedding of The Year'.
"Majlis perkahwinan itu untuk meraikan dan menjemput orang datang makan. Biar sederhana tapi semua orang gembira," kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi.
Terdahulu, Harris dan Intan mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021.
BACA: Beza 17 Tahun Bukan Penghalang! Harris Alif & Intan Ladyana Kahwin 6 Februari Ini
Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.
Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.
Zulaikha Yusof
Thu Jan 07 2021
Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Atikah akui masih kekok dengan gelaran 'Datin'.
Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.
Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dan gelagat keluarganya di media sosial.
Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia Batal Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sabah Dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.