Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Dapat Tak Kurang 12 Oz Setiap Pagi” – Syatilla Melvin Kongsi Tips Banyakkan Susu Badan

Mya Amri 04/07/2019 | 06:33 MYT
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi tips untuk ibu-ibu yang masih menyusu badan.
Syatilla menerusi akaun Instagramnya mendedahkan tips ringkas untuk memperbanyakkan susu badan.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu berkongsi tips tersebut menerusi kemas kini terbaru yang dimuat naik semalam.
“Ini hasil setiap pagi. Alhamdulillah... biasanya memang Tilla akan dapat tak kurang 12oz setiap pagi sebab setiap malam Tilla akan bagi Mima hisap direct, siang sahaja Tilla pump.
“So, stimulation dia tu lain macam sikit, malam memang dia bergayut dengan bubu. Rahsia untuk maintain susu supaya tak drop?
“Lillah, bukan satu produk tapi lebih, kami akan buat apa sahaja untuk maintainkan susu badan. Insya-Allah moga rezeki hampa pun sama,” tulisnya.

Ini hasil setiap pagi?alhamdulillah..biasanya mmg tilla akan dapat xkurang 12oz setiap pagi sebb setiap malam tilla akan bgi mima isap direct,siang sahaja tilla pump.so stimulation dia tu lain mcm sikit..malam mmg dia bergayut dgn bubu..rahsia utk maintain susu supaya tak drop?produk milkbooster yg tilla review semua tilla consume.lillah..bukan 1 produk tpi lebih☺️kami akn buat apa sahaja utk maintainkan susu badan??‍♀️insyaallah moga reZeki hampa pun sama♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Terdahulu, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017 dan Sarima Samheizy pada 17 April lalu.
#pelakon #Syatilla Melvin #Pelakon
;