Dapatkan Rawatan Untuk Ibunya Di Malaysia, Wanita Indonesia Ini Lega Bil Perubatan Jauh Lebih Murah!
Gempak
25/05/2024 09:55 MYT
25/05/2024 09:55 MYT
Seorang wanita dari Indonesia berkongsi pengalaman menemani ibunya mendapatkan rawatan dan pembedahan di salah sebuah hospital swasta di Malaysia.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, wanita tersebut menjelaskan yang dia berasa lega kerana berjaya memujuk orang tuanya untuk mendapatkan rawatan di sini kerana jumlah bayaran keseluruhan yang jauh lebih murah.

Rawatan di Malaysia
Tidak hanya itu, wanita berkenaan turut bercerita mengenai pengalaman berada lebih kurang seminggu di hospital popular yang terletak di Melaka itu.
Dalam perkongsian serupa, wanita berkenaan turut memuji bilik rawatan yang dikatakan sangat bersih dan kemas sungguhpun dikongsi oleh empat pesakit dalam satu masa.
Lebih memeranjatkannya, hampir 75 peratus pesakit yang dirawat di hospital berkenaan merupakan pesakit dari Indonesia.
Dalam masa sama, wanita itu turut memuji doktor dan jururawat yang bertugas di hospital mahir bertutur dalam bahasa Indonesia.

“Doktor dan jururawatnya mahir bertutur dalam bahasa Indonesia. Jadi tak perlu bimbangkan bahasa dan mereka sangat bagus dalam menerangkan,” tulisnya.
Pada gambar terakhir, wanita itu membuat perbandingan harga yang dibayar ketika mendapatkan rawatan di Malaysia.
Menerusi gambar sebelum ini, kos rawatan yang sama di Indonesia adalah sekitar 600 juta rupiah iaitu sekitar RM176,000.
Namun, di Malaysia, mereka hanya dikenakan sebanyak RM19,020 atau sekitar 65 juta rupiah sahaja.
Sumber: TikTok