,
Viral

“Ya Allah Harus Dengan Cara Apa Lagi?” Sudah Mohon Maaf Tapi Terus Dikecam, Wanita Dakwa Tak Dengar Azan Di Malaysia Ini Akui Penat

Gempak
24/05/2024
05:55 MYT
Kecoh di laman sosial baru-baru ini apabila seorang wanita dari Indonesia mendakwa sukar mencari masjid dan mendengar laungan azan ketika berada di Malaysia.
Menerusi perkongsian beberapa videonya di TikTok, wanita berkenaan mendakwa yang dia tidak pernah melihat masjid sepanjang berada di sebuah kawasan di Johor yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Cina.

Masjid

Begitupun, menurut wanita itu, jika sekalipun dia berada di lokasi-lokasi yang mempunyai masjid yang banyak seperti di Kuala Lumpur dan Terengganu, tiada suara azan didengar.
Hal tersebut sudah tentu meraih perhatian warganet dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sedar kesilapannya, wanita itu tampil memohon maaf.
Namun, sungguhpun begitu, wanita itu terus dihenyak kecaman sehingga ramai dalam kalangan netizen menyerang akaun Facebook dan Instagram miliknya.

Kecaman

“Ya Allah harus dengan cara apa lagi supaya ini semua berakhir? Permintaan maaf sudah, video di take down sudah, kecaman, cacian, teror bahkan ancaman sudah saya terima… apakah mash belum puas?

“Seharusnya tidak seperti ini kalau kalian baca keterangan dalam video tersebut, kalau di dengar dengan baik apa yang saya katakan di video itu.
“Ada baiknya mencari kebenaran dulu sebelum mengecam, apatah lagi memotong video-video saya lalu kalian jadikan konten yang memberikan kefahaman buruk tentang saya.
“Astaghfirullah padahal ada bukti-bukti nyata kalau bukan hanya saya saja yang tidak mendengar suara azan selama di Malaysia, tapi kenapa kalian tetap saja menutup mata?” katanya.
Wanita itu mendakwa yang dia hanya berkongsi pengalaman tinggal beberapa bulan di Singapura dan Malaysia dan tidak mendengar azan kerana menetap dalam kelompok penduduknya majoriti berbangsa Cina.

Komen negatif

“Apakah salah ketika tiba di Lapangan Terbang Soekarna-Hatta saya mendengar suara azan terus menangis kerana kerinduan saya mendengar suara azan?
“Banyak yang kata saya telah memfitnah Malaysia kerana kata tak ada azan di Malaysia, itu atas dasar apa? Apakah saya bilang seperti itu?
“Kalian berkata kasar di komen-komen semua video saya sampai saya harus tutup komen. Kemdian, kalian belum puas, lari mengecam saya di Facebook dan Instagram berkata kasar.
Saya cuma manusia biasa bukan dewa yang mampu tahan dengan semua ini. Saya baru tau kenapa mangsa buli itu banyak yang bunuh diri… ya kerana seperti ini yang saya rasakan sekarang,” katanya.

Penat

Wanita itu mendakwa tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan, sehinga terpaksa meletakkan akaun Instagram dan Facebooknya pada mode private.
“Allah saja Maha Pemaaf, kenapa kalian masih saja mengganggu saya bahkan ada yang mengancam. Kalau kalian memang muslim apakah menurut kalian itu baik?
“Saya tidak mahu memperpanjang masalah ini kerana saya juga harus melanjutkan hidup saya yang terganggu akibat video tersebut. Saya penat bahkan mulai tertekan, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada kalian yang merasa tersakiti dengan video tersebut.
“Saya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama, kerana ini menjadikan trauma yang dalam buat saya,” tutup wanita itu.
Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Berbual & Berdoa Ketika Azan Berkumandang, Netizen Tegur Ameera Dengan Noor Kartini - “Doa Nok Gapo Dale Hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Laungan Azan Kini Boleh Diperdengarkan Di Bandar Raya New York

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jangan Cepat Menilai Orang, Dia Lelaki Yang Baik” - Ameera Khan Harap Netizen Henti Kecam Jefri Nichol

gempak
21/11/2024
23:49 MYT
Personaliti media sosial, Ameera Khan meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata negatif terhadap pelakon Indonesia, Jefri Nichol.
Hiburan

Penangan Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid Puas Hati Kena Kecam - “Ada Yang Nak Cabut Misai…”

gempak
14/11/2024
08:25 MYT
Pelakon Hisyam Hamid menerima dengan terbuka segala cacian yang diberikan oleh penonton terhadap karakter yang dibawa dalam Andai Tiada Dia.
Viral

Pereka Fesyen Busana Miss Universe 2024, Ezuwan Ismail Pilih Tak Baca Komen Negatif, Bakal Dedah 'Secret Gown' - "Kejutan Akan Lebih Besar"

gempak
28/10/2024
04:27 MYT
Pereka fesyen Ezuwan Ismail memilih untuk tidak membaca komen negatif dan keterlaluan terhadap busana yang direkanya untuk wakil Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke-73, Sandra Lim, 23.
Hiburan

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

gempak
25/10/2024
00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.
Viral

Wanita Dikecam Sibuk Bersiap Di Watson, Netizen Luah Rasa Kurang Senang - “Hygiene Dik! Bukan Korang Je Yang Guna"

gempak
18/10/2024
09:55 MYT
Tular di aplikasi X, sepotong video merakamkan dua wanita seolah-olah sedang menggunakan alat solek di Watson untuk bersiap.
Unitar