Mungkin menjadi kegilaan dan keseronokan ramai jika dapat melihat pelakon yang cukup terkenal dengan filem saga The Twilight, Robert Pattinson di depan mata. Apatah lagi pelakon tersebut kini dipilih menjadi Batman, filem superhero adaptasi dari DC Comics dengan judul yang sama.

Penyanyi dan pelakon Diddy Hirdy yang sedang menyambung pelajarannya di Liverpool turut berkongsi pengalaman di Instagram miliknya apabila dia menyaksikan sendiri penggambaran filem The Batman.

"Memang Diddy ada menonton dalam berita yang penggambaran filem The Batman sedang berlangsung di Liverpool tapi biasalah, Diddy kurang minat sikit dengan filem-filem macam tu dan ditambah dengan keadaan Covid-19 di sini sekarang ni lagi malas Diddy nak ke sana.

"Nak dijadikan cerita, minggu lepas lepas habis urusan penting awal pagi di City Centre, Diddy lalu di kawasan yang mereka sedang shooting. Masa tu masih awal pagi dan tak ramai orang yang berkumpul macam yang Diddy tengok dalam berita tu," cerita Diddy ketika dihubungi Gempak.

Memikirkan ianya satu peluang yang sudah ada di depan mata, Diddy berkata dia turut menjengah set penggambaran tersebut dari luar kawasan yang dibenarkan.

"Paparazzi memang ramai dan sanggup berdiri lama dalam kesejukan cuaca di Liverpool sekarang ni. Diddy pakai phone murah je untuk ambil gambar, untuk kenang-kenangan dan boleh jadi bahan buat adik beradik dan anak-anak buah cemburu.

"Diddy akui memang sangat hebat dan gah cara penggambaran mereka. Daripada peralatan penggambaran, kru, layar hijau yang cukup besar, hinggalah kepada pelakon tambahan yang sangat ramai. Berpadananlah dengan bajet beratus juta," kata Diddy lagi.

Menurut Diddy lagi, dia sempat menyaksikan babak lakonan Robert Pattinson ketika dia berada di situ.

"Kalau ikut apa yang Diddy lihat ketika penggambaran tersebut, filem The Batman seperti digambarkan dalam suasana yang kita sedang lalui sekarang ni, iaitu ketika era pandemik Covid-19.

"Ketika penggambaran berjalan, Robert Pattinson memakai penutup hidung dan mulut, begitu juga dengan pelakon-pelakon lainnya termasuklah pelakon-pelakon tambahan," terang Diddy kepada Gempak.

Sebelum ini, selalu baca di news tentang shooting filem The Batman yang katanya 70% menggunakan lokasi di Liverpool. Dalam news tu pun selalu la nampak ramai orang bersesak2 di seberang jalan tempat lokasi penggambaran, untuk tengok segala proses penggambaran dan yang paling penting untuk melihat Robert Pattinson dan cast members yang lain. Oleh kerana saya memang tak minat pelakon tersebut mahupun film tersebut, jadi saya pun tak lah rasa nak pergi 'menjengah' ke set penggambaran ni. Tambahan pula dengan kes COVID-19 yang sangat menggila di Liverpool ni. Jadi tak payah la... . Minggu lepas, selepas selesai urusan penting di awal pagi di City Centre, saya pun kebetulan lalu di kawasan shooting tu. Masa tu sekitar jam 9.30 pagi. Dari jauh nampak dorg dah mula dah kerja. Yang menariknya, tak ramai orang2 berkumpul dan berkerumun untuk menyaksikan proses penggambaran macamana yang selalu nampak kat media, kecuali photographers yang bawak kamera panjang tu - mungkin paparazzi, setia berdiri dalam sejuk snap gambar bertalu2. Saya pun join la sekali dok perhati sambil bawa keluar handphone cap ayam ni?, try la ambil gambar dan video, kot2 ternampak Robert Pattinson. Boleh la jadikan modal tunjuk kat adik beradik dan anak buah yang minat dia!? Dari mula rasa tak nak berapa kesah sgt shooting The Batman ni, tetiba terpana tengok dorg shooting. Dengan krew, props, peralatan, siap ada beberapa green screen besar (tak sempat snap pic bila dorg bawa masuk screen ni), dan pelakon extra yang ramai, memang nampak gah la. So dapat la tengok beberapa scene dorang shoot. Katanya ni semua scene funeral. Dapat la tengok Robert Pattinson dalam kereta bila dia sampai, sambil krew dok tolak kereta dia. Beberapa kali jugak la dia dok ulang scene ni. Dah hampir setengah jam bersejuk snap gambar dan rekod video sampai memory handphone penuh, saya pun terus bergerak dan balik rumah. Yang penting, dah dapat bahan untuk share dgn adik beradik dan anak saudara yang minat dengan si Robert ni. ?? *Gambar last tu dari Mail Online utk mengesahkan yg mmg si Robert tu dlm kereta tu, disebabkan handphone cap ayam saya tak mampu nak membuktikannya?

A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy) on


Menurut Diddy lagi, walaupun kini Liverpool berada di dalam keadaan lockdown kembali, penggambaran filem adalah di antara aktiviti yang dibenarkan di sana.

Filem The Batman lakonan Robert Pattinson, Zoë Kravitz, Peter Sarsgaard, Colin Farrell dan ramai lagi diarahkan oleh Matt Reeves dan dijangka ditayangkan pada bulan Mac 2022.