HIBURAN
Ibu Luah Rasa Terkilan, Dakwa Anna Mahu Putuskan Hubungan Kekeluargaan - “Mereka Semua Hamba Duit, Mama Adalah Ibu Awak…”
Ibu kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Ariz Arop meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anak kesayangannya itu seakan sudah bersedia untuk memutuskan pertalian darah.
Dakwa Anna mahu putuskan hubungan
Ariz menerusi hantaran terbaharu di Insta Story miliknya berkata dia menerima sura dari penguam Anna yang menyatakan anaknya sudah bersedia untuk memutuskan secara kekal hubungan mereka.“Baru semalam mama baca indah sangat doa adik buat mama di hari lahir adik. Bukan mama saja yang baca malah mama percaya ribuan peminat adik turut membaca.
“Adik ucap terima kasih buat mama kerana melahirkan adik. Adik siap doakan mama lagi supaya mama diberkati dan dilindungi Allah. Tapi…

“Semalam juga, surat dari peguam adik yang mama terima dengan jelas menyebut adik pada bila bila masa sudah bersedia untuk memutuskan secara kekal hubungan antara adik dan mama sekiranya mama tak berubah. Very confusing,” coretnya.

Nafi mata duitan
Dalam hantaran yang sama, Ariz turut menjelaskan tindakannya menegur Anna bukan berpunca daripada sebarang niat materialistik, sebaliknya datang daripada naluri seorang ibu yang bertanggungjawab terhadap akhlak dan pegangan agama anaknya.“Jangan sombong, jangan bongkak, semua orang boleh tinggalkan awak sekelip mata satu hari nanti tapi bukan seorang ibu,” jelasnya.“Adik, mama bukan seperti mereka mereka yang disekeliling awak yang mengharapkan duit awak semata-mata. “Yang akan selalu kata yee yes yes walaupun awak salah. Sebab mereka semua hamba duit awak. “Mama adalah ibu awak. Mama akan terus tegur atas segala salah laku awak, akhlak awak dan akidah awak sebagai seorang Islam.
Sebelum ini, Ariz ada berkongsi foto bersama peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader yang dipercayai untuk menyelesaikan isu bersama Anna.
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Yang Salah Faham, Ibu Anna Jobling Jelaskan Sebab Guna Peguam - "Tak Berlawan Dengan Anak Sendiri"
ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Gambar Di Instagram Stories, Karel Susanteo Beri Ucapan Hari Jadi Istimewa Buat Anna Jobling
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Anna Jobling Kongsi Foto Bersama Peguam - “8 Bulan Lalu Dia Juga Yang Uruskan…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Betul-Betul Buang Mak Dia, Level Macam Anjing Kurap Dah…” - Ibu Anna Jobling Menangis, Dakwa Terima Layanan Buruk Anak
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Hanya Dibenarkan Jumpa Anna Jobling Dalam Jarak 100 Meter - “Dia Buat Saya Sampai Macam Tu…”
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.
Must-Watch Video