Hiburan

“Dari 55 Kg Sampai 92 Kg Awak Tetap Sayang Kan?” Comelnya Ucapan Anniversary Isteri Zul Huzaimy

gempak
Mya Amri
20/02/2020
09:58 MYT
Sponsor Banner
“Dari 55 Kg Sampai 92 Kg Awak Tetap Sayang Kan?” Comelnya Ucapan Anniversary Isteri Zul Huzaimy
Isteri pelakon Zul Huzaimy, Nur Ernawati Mohamad melakarkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Nur Ernawati atau lebih mesra dengan panggilan Erna membuat coretan manis buat suami tersayang menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Erna, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-5 @zulhuzaimy_m my love/sleeping partner/roommate. Terima kasih kerana selalu mengingatkan saya tentang pastinya ada keindahan selepas menempuhi sesuatu kesukaran.
“Terima kasih juga bagi anak-anak yang ‘comel’! (dari badan saya 55 kg sampai 92 kg awak tetap sayang dekat saya kan?)
“Dulu saya pernah tanya yang mana satu paling awak sayang, adakah saya atau anak-anak? Dan awak kata ada terlalu banyak kasih sayang yang ada dalam hati awak cukup untuk seluruh keluarga kita.
“Dan awak benar-benar buktikannya! Melimpah ruah kasih sayang awak dekat kami semua. 5 tahun perjalanan bersama dalam alam perkahwinan bukan masa yang singkat.
“Syukur dikurniakan suami sepertinya sayang! Semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik untuk bersama hingga ke hari tua,” tulisnya.
Happy 5th Anniversary @zulhuzaimy_m my love/sleeping partner/roommate❤️ thanks a million for letting me know that there's always sunshine and rainbow after the storm. . . . Thanks jugak sbb bg dkt i anak2 yg 'comel'! #indaharmani #indraarjuna termasuk #awalhaziq (dari body i 55kg sampai 92kg u tetap sayang kat i kan?) ? #penatterananakyou . . . Dulu i pernah tanya u, which one yg u love the most-i atau anak2? N u said u have too many loves inside ur heart yg cukup utk seluruh family kita. N u proved it right! Melimpah ruah kasih sayang u dkt kami semua? . . . 5years journey bersama u dlm alam perkahwinan bukan masa yg singkat. And i look forward to many more years living with u? . . . Syukur i dikurniakan husband sepertinya sayang! Luv every bits n pieces of u, the good and the bad, every last atoms in u! Semoga kita dipanjangkan umur n diberi kesihatan yg baik to grow old together #sampairambutkitaputih Amin?? . . . #kalaunaktambahanakpmtepi ??? #bahagiatakbolehdibeli #moneycantbuyloveandhappiness #20022020 #sampaiakhirhayatze . . . Selalu couples blanja pic shuweet2 time anniversary tapi i 'hadiahkan' dkt u: Pic 1 & 2?? bukan senang nak jaga anak2 u Pic 3?? supaya u kenang body lama yg i 'korbankan' ??? Pic 4?? yg bawah umur xpayah tgk! ?
A post shared by Mrs ZulHuzaimy (@miszerna) on
Terdahulu, Zul dan Erna telah berkahwin pada Februari 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Indah Armani dan Indra Arjuna.
Selain itu, Zul juga mempunyai seorang anak lelaki, Awal Haziq hasil perkahwinan terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live