HIBURAN
Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri, Alya Iman Pakai Baju Ikut Keselesaan & Cantik - “Terima Kasih Kecam, Sebab Saya…”
Penampilan pelakon Alya Iman ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini mengundang kecaman netizen yang menganggap busana yang digayakan agak seksi di bahagian dada.
Rasa cantik & selesa
Alya bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang orang nak katakan tentang dirinya.
“Saya tak boleh nak kawal apa orang nak cakap kan. Saya hanya pakai apa yang saya rasa cantik dan selesa. Jadi, saya tak boleh nak kawal apa orang cakap, cakap la.
“Tak nak komen lebih-lebih fasal benda itu,” kongsinya ketika ditemu bual oleh program hiburan baru-baru ini.
Tak seksi
Hanya menjadi diri sendiri, pemilik nama Nur Alya Iman Azmil ini turut menjelaskan mengenai penampilannya yang sebelum ini juga pernah dikecam.
ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman 'Gerun' Digandingkan Dengan Rosyam Nor - "Rupa-Rupanya Beliau ..."
ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"
ARTIKEL BERKAITAN: Alya Iman Komen Isu Gaun Seksi, Tutup Komen IG Demi Kesihatan Mental - "Bukan Sombong, Saya Tak Nak ..."
Menurutnya, busana yang dipakainya itu tidaklah terlalu seksi namun foto yang ditular itu diambil dalam posisi atas yang menyebabkan ia kelihatan tidak sopan.
“Bagi saya, saya hanya kekal menjadi diri saya seperti sebelum ini, itu sahaja. Macam sebelum ini saya viral pun sebab footage dari atas, kalau daripada depan okay saja sebenarnya.
“Tak ada apa pun. Orang yang kat atas saja tu yang macam ambil gambar daripada atas kan. So nampak yang tak sopan. Tapi saya tak ada ubah apa-apa. Saya hanya diri saya saja.
Ucapan terima kasih
Dalam pada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengecam dirinya.
“Janganlah kecam kalau boleh. Kita semua manusia, ada hak untuk cakap apa-apa. Tapi kepada seseorang yang mengecam tu, terima kasih juga… terima kasih kecam sebab saya terima saja.
“Baik, buruk… Insya-Allah, mana yang baik itu saya ambil, yang buruk itu saya tutup telinga saja. Jadi, continue untuk kecam gais, continue,” katanya lagi.
Must-Watch Video