Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dari Jadi Gangster Hingga Ke Polis, Ini 5 Watak Filem Zizan Razak Paling Ikonik!

Umirah Halim
21/08/2024 14:33 MYT
Hampir dua dekad berpengalaman sebagai penghibur, nama pelakon Zizan Razak bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industri seni tanah air.

Malah, semua filem dibintanginya mencapai kutipan pecah panggung.

Sepanjang 2017, banyak pencapaian peribadi dilakar pelakon, pelawak dan pengacara berusia 40 tahun ini.

Kali ini Gempak akan kongsikan watak yang paling diingati yang dilakonkan oleh Zizan Razak.

1. KL Gangster (2011-13)


Memainkan watak Fadil, filem KL Gangster berjaya menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu.


Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem ini berjaya memasuki 'pecah panggung' dan mengaut keuntungan sebanyak RM10 juta.

2. Mael Lambong (2012)


Mael Lambong merupakan sebuah filem genre aksi dan komedi yang ditayangkan pada 21 Jun 2012 di Malaysia.

Mengisahkan tentang Mael Lambong (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.

3. Abang Long Fadhil (2014/2022)


Abang Long Fadhil merupakan filem aksi komedi terbitan turunan daripada KL Gangster dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Zizan Razak yang sebelum ini membintangi dua siri filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof,menjayakan peranannya sebagai Fadil menerusi filem tersebut.

4. Polis Evo (2015-2023)

Polis EVO terdiri daripada trilogi: filem pertama diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar diterbitkan pada 2015, manakala filem kedua diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew, dan akhirnya, filem ketiga diarahkan oleh Syafiq Yusof dan Zizan Razak telah membintangi kesemua tiga-tiga filem tersebut sebagai Insperkor Sani.

Filem ini berjaya menjadi filem 3 teratas dalam senarai filem kutipan tertinggi sepanjang zaman apabila kutipannya meningkat sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari tayangannya.

5. Baik Punya Ah Long (2024)


Setelah dua tahun, gabungan ‘JoZan’ iaitu pelawak dan pengacara Zizan Razak dan Johan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Sinopsis

Filem ‘Baik Punya Ah Long’ menceritakan kisah dua beradik yang diminta oleh bapa angkat mereka untuk memulakan perniagaan, tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perniagaan.

Mereka memulakan perniagaan meminjam wang, namun demikian mendapat tentangan oleh beberapa 'Ah Long' yang lain.

BERITA TRENDING: Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

BERITA TRENDING: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa -

BERITA TRENDING: Telatah Bayi Berbaring & Tidur Dalam

#Zizan #baik punya ah ling #BPAL #'jozan #razak