Kekecewaan Jared Leto apabila digugurkan daripada memegang watak Joker dalam Suicide Squad 2 mungkin terubat apabila dia kini muncul sebagai Morbius tidak lama lagi.

Bakal menyertai 'keluarga' Marvel Cinematic Universe, trailer filem Morbius telah pun didedahkan oleh Sony Picture semalam.


Pada yang tidak tahu, filem Morbius merupakan 'spin-off' daripada francais filem Spiderman.

Morbius mengisarkan kehidupan Dr. Michael Morbius yang terdesak mencari penawar untuk penyakit yang dihidapinya.

Lebih teruk lagi, satu eksperimen yang menggunakan 'vampire bats' sebagai bahan ujikaji telah dilakukan oleh Morbius.

Kesan daripada kajian berkenaan di luar jangkaan Morbius, sekali gus menjadikan dia seolah-olah seorang pontianak! Menarik bukan?



Selain itu jika anda menonton trailer Morbius, anda akan lihat satu watak yang agak dikenali.

Watak tersebut adalah Vulture yang pernah muncul dalam filem Spiderman Homecoming.

Penampilan Vulture pada trailer ini pastinya memberi keterujaan buat peminat Spiderman.

Apapun sama-sama kita nantikan 31 Julai 2020 ini.