Laman Utama

Dari Peminat Jadi Suami, Ubai Sanggup Kumpul Duit Belanja Sekolah Nak Beli Album Shila Amzah!

gempak
Syafiqah Jalal
06/08/2023
07:41 MYT
Sponsor Banner
Dari Peminat Jadi Suami, Ubai Sanggup Kumpul Duit Belanja Sekolah Nak Beli Album Shila Amzah!
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.
Kata Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia terpaksa mengumpul duit sekolah untuk membeli salah satu album Shila yang kini sah menjadi isterinya.
“Masa tu saya sekolah di tingkatan 1. Jadi ketika itu saya dapat duit belanja RM3 dan setiap hari saya akan simpan 50sen untuk saya kumpul sampai dapat beli album Shila.
“Saya memang suka pada dia sejak dia berduet dalam 3 Suara bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Sejak daripada itu saya meminatinya.
“Bila sudah bekerja dalam bidang media, saya cuba mencari jalan untuk berjumpa dengan dia sebelum berkomunikasi dengannya melalui live TikTok.
“Alhamdulilah kini dia sudah menjadi isteri saya, tak sangka perjalanan itu sangat indah,” katanya kepada Gempak.
Ubai yang juga penerbit kandungan digital Gempak ditemui bersama Shila selepas majlis akad nikah mereka di Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, Shila sempat berkongsi cerita daripada arwah ibu mentuanya mengenai fanatiknya Ubai ketika dahulu memintinya sebagai penyanyi
"Masa 2014, Ubai in sebenarnya memang peminat saya... lepas itu dia beli album saya. Arwah mak beritahu dulu dia sampai nak pengsan terpaksa dengar lagu Shila Amzah.
"Sebab dalam perjalanan dari Kuala Lumpur sampai ke Kelantan, memang lagu Shila saja yang dia pasang...bayangkanlah dari KL ke Kelantan lagu Shila sahaja.
"Malah Ubai siap leak gambar profil Facebook dia foto saya," kongsinya.
Berkongsi mengenai Ubai, Shila memberitahu dia mahu membuka lemabaran baru bersama jejaka itu mengecapi Bahagia serta membesarkan anaknya, Seth, 4.
“Saya mahu mebuka lembaran baharu dengan Ubai, segalanya baharu dengan dia. Saya percaya dia boleh membahagiakan saya dan anak-anak.
“Seth juga sudah mula biasa dan rapat dengan dia dan saya berharap kami akan kekal hidup bersama buat selamanya,” katanya.
Sementara itu, bercakap soal zuriat, Shila dan Ubai tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.
"Kami tiada perancangan khusus berkaitan anak sebab bagi saya, kalau ada Alhamdulillah.
"Kami 'sekufu' bab ini... Untuk urusan anak, seandainya ada rezeki kami tidak menolak, katanya.
Pasangan it dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND lala dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024