Dari Plastik Menjadi Diesel, Plastic-To-Fuel Dipilih Sebagai Pemenang Minggu Ke-6 INNOVATHON
Izwan Isa
20/08/2023 04:50 MYT
20/08/2023 04:50 MYT
Produk Plastic-To-Fuel diumumkan sebagai pemenang pada minggu keenam program INNOVATHON yang disiarkan Sabtu lalu.
Menerusi pembentangan, Plastic-To-Fuel dipersembahkan sebagai pemprosesan menukar plastik menjadi diesel. Ia boleh menjana ekonomi terbaharu negara memandangkan Malaysia antara negara yang mempunyai kadar pembuangan plastik paling tinggi di dunia. Minyak yang terhasil sememangnya terbukti boleh digunakan untuk kenderaan.
Selain itu, ia dapat mengurangkan masalah pencemaran lam sekitar kerana mesin ini menukar plastik di dalam kawasan yang tertutup.
Syarikat Mensilin Green Energy Sdn Bhd yang dianggotai oleh Mohamad Ashraf Zulnizam dan Ahmad Luqman Mohamad Adan merupakan organisasi yang bertanggungjawab membangunkan Plastic-To-Fuel. Kilang mereka terletak di Gong Badak, Terengganu.
INNOVATHON merupakan sebuah rancangan realiti TV inovasi pertama di Malaysia, inisiatif bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Astro.
Setiap minggu, lapan inovator akan berentap dari minggu pertama hingga minggu ketujuh. Justeru, setiap inovator terbaik mingguan akan terus melayakkan diri ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara INNOVATHON yang pertama.
Idea inovatif dan kreatif para inovator diadili oleh lima orang panel juri profesional termasuklah Menteri Ekonomi; YB Rafizi Ramli, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Chang Lih Kang, selebriti dan usahawan terkenal; Fazura, serta dua lagi pemain industri sebagai juri profesional jemputan. Selain itu, 100 orang juri awam daripada pelbagai latar belakang yang berperanan sebagai pengguna akan menggalas tanggungjawab sebagai juri awam.
Pentas akhir INNOVATHON bakal menyaksikan para finalis sekali lagi membentangkan produk inovasi mereka dengan penambahbaikan yang lebih menarik bagi merebut hadiah wang tunai RM100,000 dan hadiah pelaburan sokongan pembangunan perniagaan bernilai sehingga RM1 juta ringgit.
Program realiti TV yang dihoskan oleh pengacara ternama Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani ini bersiaran mulai 15 Julai 2023, jam 9 malam di saluran Astro RIA dan Astro GO.
BACA: Gantikan Vaksin & Antibiotik Pada Ayam, Herba Untuk Ternakan Raih Tempat Pertama Minggu Ke-5 INNOVATHON