Pelakon dan usahawan Mas Khan meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berjaya memiliki kereta mewah jenis Porsche yang diidam-idamkan selama ini.

Kongsi Mas Khan di Instagram, kereta mewah itu merupakan pencapaian hasil berkat doa daripada orang tuanya.

"Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah ini berkat doa ibu, berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya happykan keluarga, rahmat ini saya dapat nikmat ini semua kerana Dia.

"Betul Tuhan tak biarkan hamba dia sendirian, dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dengan izin Dia dan berkat keluarga kita. Yang penting kita "Berkehendak Ingin Kan sesuatu" kita mampu capai Insya-Allah.

"Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi value of the Porsche yang buat saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza. Family first," katanya.

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)


Mas Khan turut berkongsi sepotong video membawa ibunya meraikan kereta baharunya berwarna kelabu berbalut riben merah.

"Bermula dengan kereta Proton Wira kemudian Hyundai, Mercedes-Benz dan sekarang Porsche. Dalam hidup ni kena ada peringkat dan paling penting mama sentiasa ada bersama saya," kata Mas Khan lagi.

Perkongsian Mas Khan itu menyuntik inspirasi daripada kalangan pengikutnya dan turut sama mendoakan kejayaan pelakon itu.

Lebih manis, teman wanita Mas Khan, Diana Nasimuddin turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

Menurut tinjauan Gempak, kereta mewah model Porsche 718 Cayman dianggarkan bernilai sekitar RM970,000 hinga RM999,000.