Dari Serius Terus Lawak! Lucunya Bila Meerqeen Tak Tahan Gelak Tengok Achey.

Mya Amri
September 25, 2020 14:39 MYT
Pelakon filem Kelaster, Meerqeen tidak dapat menahan diri dari ketawa apabila melakonkan babak serius bersama Achey.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram Astro Shaw merakamkan momen-momen lucu Meerqeen dan Achey.
Babak yang dilakonkan di atas sebuah bas itu memerlukan Meerqeen berdialog secara serius namun lain pula jadinya sebaik sahaja Achey melontarkan dialognya.
Cubaan Meerqeen untuk menahan ketawa tidak berjaya apabila dia kemudiannya terus ketawa sebaik sahaja mendengar suara dan memandang Achey.
Sebenarnya, banyak lagi babak yang menarik dan best dalam Kelaster yang boleh ditonton bersama keluarga.
BACA: “Lain Macam!” - Baru Tayang, Kelaster Dah Dapat Respon Positif, Cayalah!
Selain Meerqeen dan Achey, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish serta Azhan Rani.
Jadi bagi yang belum menyaksikan Kelaster, jangan lupa melanggan filem ini di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).