Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Daripada Mencintai Suami Bagai Nak Mati, Perlu Lebih…” - Alyah

Asyikin Mayudin
09/10/2023 07:50 MYT
Meskipun batera perkahwinan yang dibina pada awalnya diuji, namun penyanyi Datin Alyah melahirkan rasa syukur apabila rumah tangganya dengan pemuzik terkenal Datuk Ramli MS akhirnya menemui kebahagiaan.

Menurut Alyah, untuk mencapat kebahagiaan itu dia sentiasa berdoa dan mengubah niat asalnya untuk berkahwin hanya kerana Allah.

“Saya sentiasa berdoa dan siapa sangka rumah tangga yang mulanya dibina penuh ribut taufan, tsunami dan pelbagai lagi, tetapi akhirnya Allah bagi kegembiraan dan kehormanian rumah tangga.

“Kerana apa? Pertama sekali mesti niat berkahwin untuk mencintai pasangan kan, tapi diuji dengan banyak sangat masalah, itu sebenarnya tanda dari Allah untuk datang kepada-Nya.

“Tukarkan arah itu, daripada mencintai suami bagai nak mati, perlu lebih mencintai Allah. Jadi saya ubah arah itu, setiap hari saya mendengar dan membaca untuk tambahkan ilmu dan kurang main media sosial. Akhirnya bahagia,” katanya.

Alyah berkongsi mengenai pendapatnya itu sewaktu menjawab pertanyaan daripada netizen ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

BACA SINI: Alyah Kongsi Video Bagi Kek, Tapi Stokin ‘Renda’ Tok Ram Pula Jadi Perhatian - “Kaki Dia Terseliuh Masa…”

Dalam masa sama, pelantun lagu Kisah Hati itu berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak selalu berkongsi mengenai hal rumah tangga dalam media sosial.

“Saya tahu bila banyak sangat berkongsi tentang rumah dalam media sosial tidak semua orang akan suka, akan ada orang yang tidak berpuas hati. Keharmonian dalam rumah tangga itu lebih penting.

“Tidak perlu beritahu semuanya pada orang, saya sendiri pernah buat kesilapan itu. Kesilapan itu yang buat saya belajar, tidak boleh buat sebegitu lagi apatah lagi umur semakin meningkat.

Untuk info, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia.


#Alyah #Ramli MS #Alyah Ramli MS #Rumah tangga Alyah
;