Penyanyi Datin Alyah berkongsi video memperlihatkan suaminya pemuzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS sedang sibuk melakukan kerjanya menarik perhatian netizen di TikTok.

Menerusi perkongsian itu, Ramli atau mesra disapa sebagai Tok Ram menegur Alyah yang datang membawa sepotong kek sambil merakam aksinya sedang bekerja.

“Kenapa nak kena ambil gambar ini… bagi tak ikhlas, bagitahu orang,” kata Tok Ram.

Alyah sambil ketawa memberitahu tujuan dia merakam momen itu kerana mahu suaminya mempromosikan kek buatannya daripada Dapur Alyah.

Malah menerusi kapsyen di perkongsian itu, Alyah turut berkata dia mengambil kesempatan itu sebelum suaminya sibuk dengan program realiti All StarzsGegar Vaganza yang bermula pada Ahad ini.

“Selepas ini dia sibuk GV, tak ada mangsa la lagi untuk dijadikan bahan,” tulisnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen lebih tertarik dengan pemakaian stokin di kaki Tok Ram.

Membalas komen netizen, Alyah memberitahu Tok Ram memakai stokin itu disebabkan kakinya terseliuh ketika menjalani penggambaran Projek Bapak-Bapak musim kedua di Australia baru-baru ini.

BACA SINI: "Ada Tiket Final GV Tak?" - Alyah Dah Lali Jadi 'Kaunter' Pertanyaan, Aduan Netizen... Dapat Soalan Sama Tiap-Tiap Tahun!

BACA SINI: [VIDEO] Ramli MS Sambut Ulang Tahun Ke-64, Alyah Dedikasi Ucapan Istimewa; “ I Love You Honey”

@alyah81official Lepas ni dia bz GV tak ada mangsalah lagi utk dijadikan bahan ??? #fyp #fypシ #fypシ゚viral #alyahthecutesinger ♬ Dikelilingi Cinta - Naura