,
Laman Utama

#DariPandanganRemyIshak: PKP Sambung Lagi... Tentang Aktiviti Isolasi & Positive Vibes

Remy Ishak
14/06/2021
07:05 MYT
Assalamualaikum semua. Esok kita akan masuk PKP tambahan dua minggu lagi. Saya melihat PKP ini sebagai satu sesi isolasi pada diri saya kerana sebelum ni saya akui sebagai seorang pelakon sememangnya saya sangat sibuk di lokasi. Kena hafal skrip, kena berada dalam karakter dan proses shooting itu sendiri mengambil masa yang sangat panjang, dan disebabkan itu banyak perkara dalam hidup realiti saya ini tertinggal. Segala apa yang saya rancangkan untuk masa depan kadang-kadang saya tak boleh nak execute kerana terlalu sibuk dengan shooting.
Jadi saya menggunakan masa PKP ini untuk execute atau bina balik apa yang saya dah rancangkan sebelum ini dan cuba siapkan semua perkara yang tertinggal itu dalam masa PKP ini. Jadi saya menggunakan ruang ini untuk membuat development kepada diri saya secara peribadi, karier dan masa depan.
Selain daripada itu, saya rasa PKP ini membuatkan saya reset kembali diri saya kepada kehidupan yang lebih sihat seperti jaga tidur, dan susun balik seperti mana seperti zaman-zaman usia remaja kita dulu, kembali menjaga kesihatan hidup.
Saya di sosial media memang jarang sedikit untuk memberi kata-kata semangat atau 'mengajar' untuk membangkitkan semangat kepada mereka yang menghadapi kesulitan ketika PKP ini kerana sosial media saya lebih ke arah karier dan kerja. Tetapi apa yang saya boleh kongsikan positiviti pada mereka ini, adalah saya buat seperti tidak ada apa-apa berlaku. Semuanya berjalan seperti biasa.
Apabila saya buat IG Live, saya akan cuba untuk kongsikan positive vibes tapi dengan tidak menceritakan tentang orang susah kena buat apa, saya tidak ke arah pembelajaran atau berkongsi idea ke arah itu. Saya lebih rasa sebagai seorang public figure orang akan lebih melihat saya secara terus macam tidak ada apa-apa yang berlaku ketika PKP ini kerana itu sahaja positive vibes yang saya rasa saya boleh kongsikan pada orang dan orang akan rasa macam tidak ada perkara serius.
Dengan cara itu saya berkongsi positiviti pada mereka melalui cara yang berlainan. Kerana kalau dalam keadaan sekarang ini, sudahlah PKP, kita bagi ayat-ayat itu ini tentang PKP dan kita mengingatkan lagi mereka tentang kesusahan yang mereka hadapi ketika PKP. Saya rasa orang akan terus memikirkan kesusahan dan kesulitan yang mereka alami. Saya tidak cenderung untuk membuatkan mereka berfikir ke arah itu. Mungkin lain orang lain caranya.
Saya menggunakan pendekatan yang berbeza yang mana kita buat macam biasa, kerja macam biasa seperti contohnya untuk saya, buat content untuk kerja-kerja saya. Saya rasa orang di luar sana melihat sosial media saya dari sudut yang positif seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Itu cara saya berkongsi positiviti kepada peminat-peminat saya.
Ramai juga yang bertanya tentang rutin kesihatan saya. Sejak daripada dulu exercise adalah rutin harian saya. Setiap hari saya buat exercise, jogging dan lain-lain. Cuma dulu saya tidak berapa kongsikan sangat di sosial media kerana selalunya selepas exercise di sebelah pagi, terus ke lokasi penggambaran, jadi saya tak banyak kongsikan lifestyle saya.
Tapi sekarang PKP dan tidak boleh shooting dan sebagainya, jadi saya kongsikan saja rutin seharian saya seperti exercise, mengemas rumah ke, tetapi memang sejak dulu saya praktikkan gaya hidup seperti itu.
Mungkin kerana perkongsian saya di sosial media membuatkan orang baru nampak tentang rutin saya. Kerana itu juga saya kongsikan tentang berhenti merokok, kerana saya sudah berhenti merokok sepenuhnya dan saya sangat gembira kerana saya berjaya melakukannya. Saya ingin berkongsi kegembiraan tersebut dengan peminat-peminat saya.
Bagaimana saya berhenti? Apa kata saya ceritakan nanti dengan lebih panjang lebar lagi. Nanti kita jumpa lagi.
Remy Ishak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aktor Senior Ganti 32 Kereta Dalam Setahun: “Kita Dari Kampung, Jadi Popular, Banyak Duit…”

gempak
07/11/2024
16:00 MYT
Seorang aktor senior Indonesia dikhabarkan pernah bertukar sehingga 32 kali jenis kenderaan dalam tempoh setahun pada zaman kegemilangannya.
Hiburan

Aqasha Perform Lagu ‘Ku Cari Damai Di Hati’ Buat Peminat Tak Keruan - “Merdunya, Please Buat Lagu Baru”

gempak
05/11/2024
13:50 MYT
Tular baru-baru ini di media sosial yang memaparkan penyanyi dan pelakon kacak Aqasha yang membuat persembahan nyanyian di sebuah majlis baru-baru ini.
Hiburan

“Bila Orang Cakap Saya Dah Tak Berlakon, Saya Tak Marah” - Cristina Suzanne Rupanya Fokus Besarkan Anak, Jarang Kongsi Kisah Di Media Sosial

gempak
02/11/2024
09:54 MYT
Pelakon Cristina Suzanne menafikan tanggapan dia sudah berhenti dari dunia lakonan gara-gara kurang muncul di kaca televisyen sejak lima tahun lalu.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Filem

Pegang Watak Anak Beranak Dalam Don Dukun, Zul Ariffin Bangga Dapat Berlakon Dengan Yusof Haslam – “Bukan Semua Pelakon Boleh Dapat”

gempak
31/10/2024
13:50 MYT
Pelakon Zul Ariffin meluahkan rasa bangga apabila dapat bergandingan bersama pengarah dan penerbit legenda, Datuk Yusof Haslam dalam filem terbaharu lakonannya Don Dukun.
Unitar