,
Laman Utama

#DariPandanganZulAriffin: Jika Lama Tidak Berlakon, Kita Akan 'Sejuk' Di Set

Zul Ariffin
21/06/2021
08:52 MYT
Minggu sebelumnya saya bercerita tentang lakonan. Saya rasa semua orang sedia maklum perkara ini sangat dekat dengan diri saya dan saya boleh bercerita tentang lakonan setiap masa.
Sebagai seorang pelakon, masih banyak lagi impian yang belum saya capai terutamanya bekerja dalam projek-projek yang hebat dan bersama dengan orang-orang yang bagus-bagus daripada segi director ke, pelakon ke, dan produser juga. Bila kita tengok orang buat projek yang bagus, dan bila dah keluar, kita rasa macam best betul dan kita nak juga terlibat dengan projek tersebut.
Tapi mungkin juga perkara tu tidak kena dengan kita dan sebagai seorang pelakon kita juga tidak boleh paksa diri. Mungkin suatu hari nanti kita dapat juga bekerjasama. Saya ini pelakon dan kalau orang tak hire saya, saya tidak akan ke mana. Perkara ini sebenarnya bagus kerana ianya membuatkan kita rasa humble dan berpijak di bumi nyata, kerana inilah skop pekerjaan sebagai seorang pelakon. Kalau selebriti mungkin lain.
Kalau tidak ada orang yang ambil saya sebagai pelakon, saya tidak akan keluar di mana-mana, dan bermakna saya tidak aktiflah. Sebagai pelakon, saya kena sentiasa aktif. Bila kita aktif, skill set kita akan sentiasa diasah dan engine kita sentiasa panas.
Kalau lama tak berlakon tu kita nanti akan rasa awkward bila masuk ke set, berlakon tu dah tak jadi macam second nature untuk kita, dan kena choreograph balik lakonan kita. Bahayanya bila lama tidak berlakon, kita akan dipanggil 'sejuk' di set. Kita berlakon dengan reaction dan sebagainya, jadi bila sejuk ni kita jadi tidak lincah dan pantas bila perform dengan keadaan sekeliling.
Saya selalu ingatkan diri saya dalam apa jua keadaan terutama sekali bila saya terlibat dengan projek yang bagus-bagus, saya percaya semuanya adalah hasil collaboration. Tidak kira sebagus mana pelakon itu, ianya adalah kolaborasi dengan produser yang bagus-bagus, pelakon-pelakon lain yang bagus, director yang bagus-bagus, dan orang yang selalu dilupakan, editor yang yang bagus-bagus. Semuanya dan bukan setakat kita sahaja. Bila dapat berkolaborasi sebegini, saya tak sabar nak tengok hasilnya dan saya juga tak sabar untuk pastikan orang ramai dapat menontonnya.
Ada juga orang yang membandingkan saya dengan pelakon lain tetapi pada saya setiap orang adalah berbeza. Work, endurance, will power dan banyak lagi perkara yang membezakan diri saya dengan pelakon lainnya. Bila saya tune in and get ready to do something, there's no stopping me. Saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Contoh seperti jika anda suruh saya memasak sesuatu hidangan. Saya pastikan saya menyediakan setiap bahan yang diperlukan. Bila bahan dan sedia, saya akan campakkan semuanya dalam tu.
Seperti juga lakonan, saya akan bertanyakan director apa yang dia inginkan, kerana sebelum semua ini keluar di kaca TV atau di panggung wayang, semuanya ini akan keluar pada monitor pengarah terlebih dahulu. Apa yang pengarah ingin lihat. Dari situ saya akan baca skrip dan selepas itu saya akan adapt dengan situasi sebagai pelakon.
Kita kena ready setiap masa. Kerana dalam dunia lakonan, setiap ketika ada pertukaran. Mungkin ada pertukaran skrip, screen play dan sebagainya, tetapi untuk saya okay. Kerana ketika berbual dengan director dan script reading, saya sudah tahu apa tugasan saya. Saya suka improvisation dan saya suka bekerja dengan orang-orang sebegitu. Jadi saya tidak ambil kisah sangat jika ada yang menyamakan atau membandingkan saya dengan pelakon-pelakon lain. Saya lakukan yang terbaik melalui pengalaman dan kehendak yang saya ada.
Sangat seronok bercerita tentang lakonan daripada sudut yang berbeza seperti ini. Kita akan bercerita lagi tentang kerjaya saya sebagai pelakon. Jumpa lagi.
Zul Ariffin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar