Temasya Olimpik Tokyo 2020 yang memasuki hari keenam semakin bersemarak apabila beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyalakan harapan Malaysia layak ke peringkat separuh akhir.

Lebih membanggakan, Aaron dan Wooi Yik ini menumpaskan beregu nombor satu dunia dari Indonesia iaitu Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideo apabila menewaskan mereka dengan 21-14, 21-17 dalam perlawanan kalah mati untuk menentukan kelayakan separuh akhir di Tokyo, pagi tadi.

Usai perlawanan, Aaron dan Wooi Yik mengaku gembira kerana mampu membantu beregu negara layak ke separuh akhir.

Malah sewaktu diwawancara Astro Arena, Aaron Chia menyifatkan mereka sebagai pasukan underdog.

"Kita datang sebagai underdog. Mereka yang ada harapan untuk memiliki medal, jadi tekanan lebih kepada mereka," kata Aaron.

Membawa Malaysia mara ke separuh akhir, tapi siapakah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik? Jom semak sedikit anekdot mengenai jaguh kita ini.

Aaron Chia



Nama sebenarnya adalah Aaron Chia Teng Fong

Beliau baru berusia 24 tahun dan berasal dari Melaka

Mula bermain badminton sejak usia 7 tahun dengan dilatih oleh bapanya

Usia 10 tahun mula bermain dalam pertandingan badminton secara serius

Menyertai team Malaysia sejak tahun 2015

Mewakili Malaysia dalam Thomas Cup pada tahun 2018

Bersama pasangannya, Soh Wooi Yik mereka merupakan finalis di kejohanan All England Open selain pemegang pingat emas Southeast Asian Games pada tahun 2019.

Kini menduduki ranking ke 9 pemain beregu terbaik dunia bersama Soh Wooi Yik

Pemain tangan kanan

Dalam satu temubual bersama bwfbadminton, Aaron Chia mengatakan impiannya adalah membawa pulang pingat emas di temasya Olimpik dan World Championships.

Soh Wooi Yik



Soh Wooi Yik adalah pemain badminton kelahiran Kuala Lumpur

Beliau baru berusia 23 tahun dan lahir pada 17 Februari 1998

Wooi Yik adalah anak kepada bekas pemain badminton iaitu Soh Goon Chup. Pakciknya, Soo Beng Kiang juga adalah bekas pemain badminton negara dan telah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik bersama pasangan regunya, Cheah Soon Kit. Mereka telah membantu Malaysia memenangi Thomas Cup pada tahun 1992.

Pemain tangan kanan

Mula menyertai kem badminton negara sekitar tahun 2015

Belajar bermain badminton dari usia 4 tahun, terpilih bermain untuk Kuala Lumpur semasa 7 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sewaktu berumur 13 tahun.

Menjadi pasangan regu Aaron Chia sejak tahun 2017 sehingga kini. Mereka menduduki ranking ke sembilan pemain beregu terbaik dunia

Soh Wooi Yik juga mempunyai misi membawa pulang pingat emas dalam temasya Olimpik dan mahu berada dalam ranking 10 pemain terbaik dunia.


Kredit: bwfbadminton
Kredit Foto: Majlis Sukan Negara