HIBURAN

Datang Majlis Kahwin Jaclyn Victor Berseorangan, Netizen Tak Sabar Tunggu Giliran Hael Husaini - “Nanti Sebelah Awak…”

Asyraf Roslan 27/05/2025 | 09:25 MYT

Penyanyi dan komposer, Hael Husaini menarik perhatian ramai selepas berkongsi potongan video menghadiri majlis perkahwinan rakan artis, Jaclyn Victor baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu Bujang itu memuat naik video dirinya diapit oleh dua pasangan selebriti popular, Shila Amzah dan Liza Hanim.
“Memang dilahirkan untuk tengok member happy je,” tulis Hael.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut ‘menyakat’ Hael serta mendoakan agar dia segera bertemu jodoh.
“Dayang is watching.
“Kesian Hael, semoga jodoh akan tiba insyaAllah.
“Semua jangan lalai, ini tanda-tanda.
“Nanti sebelah awak Dayang Nurfaizah pulak, okaylah tu praktis.
“Nanti jemput okay,”
“Tak lama lagi giliran Hael pulak,” komen netizen.
Terdahulu, Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki malah dia juga tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Hael atau nama lengkapnya, Hal Husani Razmi enggan mengulas lanjut dan akan berkongsi selepas perkara itu menjadi kenyataan.

#Kahwin #Dayang Nurfaizah #Jaclyn Victor #Hael Husaini #Majlis Kahwin #Bujang