,
Laman Utama

Datin Kartini Serah Urusan Kongsi Wajah Muhammad Bilal Pada Neelofa - “Saya Hormat Pendiriannya”

Izwan Isa
24/02/2022
23:50 MYT
Sejak Neelofa melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal, usahawan popular itu dilihat tidak pernah mendedahkan wajah belahan jiwanya di mana-mana platform media sosial.
Bahkan, ahli keluarga terdekat Neelofa juga tidak memuat naik sebarang gambar atau video yang memperlihatkan wajah anak kecil yang bakal berusia satu bulan tidak lama lagi.
Hal tersebut diakui sendiri oleh ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid di ibu kota semalam, usahawan berusia 56 tahun itu memberitahu yang keluarga terdekat pun masih belum melihat Bilal apatah lagi menerima foto cucunya.
BACA: Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki, Beri Nama Muhammad Bilal
“Memang keluarga terdekat seperti sepupu pun masih belum menerima foto Bilal. Ada yang minta kirimkan gambar, tetapi kami rasa biarlah ia tidak dikongsi dahulu.
“Saya pun tidak mengambil gambarnya walaupun saban hari melawat Neelofa yang masih berpantang. Neelofa ada hantar gambar Bilal setiap hari, namun saya taklah pula tanya bila dia nak kongsi pada umum,” kongsi Kartini.
Pengusaha minuman Kucate itu menambah, dia sentiasa menghormati keinginan dan pendirian Neelofa yang masih enggan berkongsi gambar bilal pada khalayak.
“Kami pun tak ada bertanya kenapa dia tak nak kongsi gambar Bilal. Saya hormati keputusan anak saya.
“Begitupun, kita sendiri faham kenapa dia tak nak kongsi. Tidak mengapalah, sebab dia ada caranya,” tuturnya lagi.
BACA: Tempoh Berpantang Belum Habis, Neelofa Rasa Macam Dalam Penjara?
Dalam pada itu, Kartini sempat berkongsi keadaan Neelofa yang kini masih dalam proses berpantang.
“Alhamdulillah, Neelofa dan bilal berada dalam keadaan baik. Dia berpantang di hospital selama seminggu kemudian sambung di rumah dia. Jadi, proses berpantang tu akan jadi lebih selesa dan lengkap dengan barangkan bayi juga.
“Memang ada Confinement Lady yang jaga hal berkaitan berpantang. Tetapi, saya sendiri ada kongsikan nasihat dan panduan kepadanya,” katanya menutup bicara.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Pu Riz pada Mac 2020 dan menyambut kelahiran Bilal pada 29 Januari 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

gempak
21/10/2024
21:55 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki.
Hiburan

“Rumah Tangga Saya Baru Setahun Jagung, Banyak Belajar Selepas Kahwin” - Neelofa

gempak
21/10/2024
06:32 MYT
Pelakon, Noor Neelofa mengakui dirinya masih tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baharu.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Unitar