Datin Patimah Titip Pesan Pada Netizen: “Jangan Ada Yang Cemburu Betapa Kami Kasihkan Menantu Kami”
Izwan Isa
07/10/2023 12:50 MYT
07/10/2023 12:50 MYT
Hubungan antara Datin Patimah dan pelakon Puteri Sarah Liyana sememangnya sangat rapat.
Sejak polemik rumah tangga Sarah menjadi bualan umum tidak berapa lama dahulu, Patimah dan suaminya, Datuk Yusof Haslam dilihat sering memberikan sokongan kepada bekas menantu mereka.
Sungguhpun Sarah dan Syamsul Yusof sudah berpisah, namun, hanya kata-kata yang baik dan murni sahaja yang sering dilontarkan oleh Patimah terhadap Sarah dan cucu-cucunya.
Terbaharu, Patimah sekali lagi menyatakan kasih sayang Sarah dan mengakui turut merasai apa yang dilalui oleh dramatis itu.
undefined
“Jangan ada yang cemburu betapa kami kasihkan menantu kami, Puteri Sarah Liyana, kerana dia ibu kepada cucu-cucu kami.
“Kami merasa apa yang dirasa apabila melalui kehidupan ditinggalkan dan membawa diri bersama anak-anak,” tulis Patimah ringkas.
Sumber: TikTok
BACA: "Luka Di Hati Masih Berdarah" - Datin Patimah
BACA: Video Bekas Mentua Teman Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Pula ‘Petik’ Nama Ira Kazar - “Panaslah...