"Dato Aliff Buat Hal Lagi" - Kecoh Di Twitter Aliff Syukri Didakwa Tipu Minum Minuman Untuk Kurus

Badrul Hashim
April 22, 2020 01:00 MYT
Belum habis lagi kisah penjualan topeng muka yang bocor, nama Datuk Seri Aliff Syukri kembali panas di sosial media terutamanya di Twitter.
Baca: "Saya Baru Buat Pre-Order, Belum Jual Lagi Mask Tu..." - Alif Syukri Perjelas Kontroversi Mask Bocor
Kontroversi terbaru dibongkarkan pengguna Twitter yang berkongsi sedikit Instagram Live Aliff Syukri yang dirakamkan.
Dalam video tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan berkongsi dengan penonton IG Live beliau tentang minuman yang diambil untuk kurus.

Dato Aliff buat hal lagi? Acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dgn getah?? cuba perhatikan??? pic.twitter.com/NTaedPW31K

— ayraa (@sheexinn) April 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun menurut pengguna Twitter tersebut, Aliff Syukri didakwa tidak meletakkan bahan minuman tersebut di dalam cawannya kerana sachet tersebut diikat dengan getah.
"Dato Aliff buat hal lagi. Acah letak dalam cawan tapi sachet ikat dengan getah. Cuba perhatikan," tulis ayraa.
Video yang dipaparkan tersebut mendapat hampir 11,000 Retweet dan hampir 10,000 Likes.
Tidak tahu apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Datuk Seri Aliff Syukri dan apa yang membuatkan dia melakukan seperti yang didakwa.
#Aliff Syukri #Minuman