Pengacara dan pelakon Datuk Ac Mizal dan isteri kesayangannya, Datin Emylia menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke -18.

Tarikh istimewa 10.10 itu disambut dengan manis apabila Ac dan Emylia masing-masing mendedikasikan ucapan sweet mereka menerusi posting terbaharu di akaun Instagram masing-masing pada Sabtu.

Menurut Ac, tiada apa yang lebih indah dalam hidupnya selain dikurniakan seorang isteri yang sentiasa memberikan sokongan dan menjaga keluarga dengan baik.

“Happy 18th anniversary to us b... 18 tahun you jaga I dan keluarga… Alhamdullilah, setiap hari saya bersyukur dengan jodoh bersama awak.

“Allah betul sayangkan saya sebab beri saya isteri yang terbaik di dunia... Saya juga sangat bertuah kerana memiliki anak-anak @reevedamien dan @fea.eryssa ikut perangai you yang dan penyayang.

“Awak adalah isteri yang terbaik di dunia. Waktu kita susah you lah sentiasa beri semangat kepada I untuk terus berusaha.

“Kita lalui banyak perkara bersama dan saya berterima kasih kepada awak kerana sentiasa berada di sisi saya.

“Macam-macam yang awak lalui disebabkan saya namun awak tenang dan sabar. Setiap pagi saya bersyukur kepada Allah dapat melihat wajah awak sebab itu yang saya doakan setiap hari.

“I love you b... Happy anniversary sayang and love u till jannah!” coretnya.

Happy 18th anniversary to us b....18 tahun u jaga i n family...alhamdullilah every day i bersyukur dengan jodoh i dgn u..Allah betul sayang kan i sbb beri i isteri yang terbaik didunia...i am also lucky that our kids @reevedamien n @fea._.eryssa ikut perangai u yg manja n penyayang.U r the best wife in the world.Waktu kita susah u lah sentiasa beri semangat kepada i utk terus berusaha...we have gone through a lot together and i thank you for always being there for me.Macam macam u lalui because of me but u tenang n sabar.Every morning i bersyukur kpd Allah dapat melihat wajah u because itu yg i doakan setiap hari...i love u b...happy anniversary sayang n love u till jannah!

A post shared by ✌️OfficiallyDATO AC MIzal IG™️ (@emyliadac) on


Dalam pada itu, Emylia juga menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.

“Happy 18th Anniversary B. Ya Allah dah 18 tahun kita berkahwin B, syukur sangat pada Allah kerana bagi saya seorang suami, bapa dan bestfriend yang baik untuk saya dan anak-anak.

“Terima kasih B, setiap hari awak bekerja keras untuk kami. Terima kasih kerana memberi kesenangan dan kebahagiaan yang secukupnya untuk saya dan anak-anak.

“Terima kasih B kerana menjadi suami yang baik untuk saya. Love you so much B, love u till jannah… Happy 18th Anniversary, Love you B, 10.10,” coretnya.

Ya allah dah 18tahun kita berkahwin B, syukur sgt pada allah, kerana bg i seorg suami , bapa & bestfren yg baik for me & anak2 .. tq B .. everyday u work so hard ? ?for us , tq kerana memberi kesenangan dan kebahagiaan yg secukupnya for me & anak2 ,tq b for being. A good husband for me , love you so much B , love u till jannah.. hope u love this video i made special for u with our wedding pic .. Happy 18th Anniversary, Love u B ❤️❤️❤️ 10.10

A post shared by ✌️OfficiallyDATO AC MIzal IG™️ (@emyliadac) on



Terdahulu, AC dan Emylia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002 dan menpunyai dua anak iaitu Damien dan Fea.

Dalam perkembangan lain, AC kini menjadi hos bagi sebuah rancangan realiti terbaru di Astro, The Masked Singer dan Punch Line DAC.

Sekadar info, The Masked Singer Malaysia bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Punch Line DAC pula bersiaran pada setiap Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).