HIBURAN
Datuk A Rahman Hassan Meninggal Dunia
Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam tadi.
Memetik laporan Berita Harian, arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Pada malam Isnin lalu, arwah telah dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri di stesen minyak sewaktu keluar untuk membeli makanan.
Terdahulu, pada 1 Jun, arwah juga telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.
Must-Watch Video